Monday 7 December 2015

Jagalah Diri Sendiri, Usah Sibuk Dengan Urusan Orang Lain


Saya terjumpa kisah-kisah ini di facebook, menarik dan penuh dengan pengajaran.



Kisah Pertama : 
Seorang abang bertanya kepada adik perempuannya ketika melawat adiknya yang baru seminggu bersalin. "Hadiah apa yang diberikan oleh suamimu setelah engkau melahirkan bayi untuknya?" "Tidak ada." Jawabnya ringkas. Abangnya berkata lagi, "Mana mungkin, adakah engkau tidak berharga di sisinya? Aku sendiri kerap memberikan hadiah untuk isteriku walau tiada alasan yang istimewa."

Petang itu, ketika suaminya penat pulang dari bekerja, isterinya sedang merajuk. Mereka berdua mula bertengkar. Selang beberapa bulan kemudian, suami dan isteri ini bercerai. Apakah punca masalah rumahtangga mereka? Dari soalan seorang abang yang terlalu mengambil tahu tentang rumah tangga orang lain.
Kisah kedua : 
Seorang ibu mertua bertanyakan soalan tentang keselesaan rumah anak menantunya. "Kamu tak rasa rumah kamu ini terlalu sempit? Bukankah anak-anak kamu sudah ramai?”
''Berapa gaji kamu suami isteri sebulan?" Menantunya menjawab, "RM3500" "Hanya RM3500? Terlalu sedikit majikan kamu menghargai dirimu. Adakah cukup untuk memenuhi keperluan hidup kamu? "

Rumah yang tadinya terasa lapang, mula dirasa sempit oleh penghuninya. Ketenangan yang dulu ada, juga turut menghilang. Tak lama kemudian, keluarga ini mula tersepit dengan hutang kerana mencuba membeli rumah yang lebih besar dengan berhutang diluar kemampuan kewangan keluarganya. 

 Kisah ketiga : 
Seseorang bertanya kepada makcik tua. "Berapa kali anak-anak makcik datang mengunjungi makcik dalam sebulan? " Makcik itu menjawab, "Sebulan hanya sekali." Si penanya menempelak, "Wah teruk betul anak-anak makcik. Di usia makcik sebegini, sepatutnya mereka mengunjungi makcik dengan lebih kerap lagi." Hati si makcik menjadi sedih. Sedangkan selama ni makcik itu memahami kesibukan anak-anaknya. Makcik tadi mula menangis. Ini memburukkan kesihatan tubuhnya.

Apakah yang kita dapat dari bertanya soalan-soalan di atas? Jagalah diri kita sendiri. Usah sibuk dengan urusan orang lain. Sebab kita tak tahu, soalan yang kita anggap simple, boleh merosakkan hidup orang lain.

0 comments:

Post a Comment

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...