Tips Untuk Resign & Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa

Dulu saya adalah seorang wanita yang bekerjaya. Berjawatan Penolong Pengarah di Pejabat Ketua Pengarah, RISDA. Tapi hati saya meronta-ronta nak jadi suri rumah. Alhamdulillah, ALLAH makbulkan doa saya. Sekarang saya dah bergelar seorang suri rumah yang berjaya :) Saya pasti ramai wanita bekerjaya diluar sana yang teringin nak resign jadi suri rumah macam saya kan? Jom saya kongsikan tips untuk panduan anda.


1. Anda betul-betul tekad nak jadi suri rumah sepenuh masa?
Tanya hati. Betul-betul ke nak jadi suri rumah? Betul-betul sanggup tinggalkan kerjaya, pangkat, gaji yang anda ada selama ni? Betul takkan menyesal kemudian hari? Bukan nak resign sebab tengok orang best duduk rumah, kita pun nak ikut duduk rumah? Bukan nak resign sebab tak suka boss sekarang? 

Istikharah. Minta ALLAH tunjukkan jalan. Minta ALLAH bimbing kita buat keputusan yang terbaik. Rasulullah SAW bersabda:  “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”

Lepas Istikharah dan dapat petunjuk, dan anda betul-betul tekad nak berhenti kerja, boleh pergi ke tips kedua :)

2. Restu Suami
Restu suami adalah perkara paling penting yang anda wajib dapat sebelum membuat keputusan untuk berhenti kerja. Restu suami bermaksud REDHA suami. Sebagai wanita islam, kita semua tahu betapa pentingnya redha suami. Jangan sampai  jadi isteri derhaka yang melawan cakap suami semata-mata ikutkan hati nak jadi suri rumah tangga. Nauzubillahiminzalik. Berbincang dengan suami dengan tenang, dan selepas mendapat restu.... boleh teruskan ke tips yang ketiga. 

3. Suami mampu tanggung kewangan keluarga tanpa bantuan anda?
Ok, restu suami dah dapat. Next step ialah tengok kewangan keluarga. Ramai orang teringin nak jadi suri rumah tapi terhalang oleh isu kewangan. Apa yang anda perlu buat? Senaraikan segala hutang, bil, utiliti, minyak, tol, belanja anak-anak, belanja dapur & segala perbelanjaan bulanan yang lain. Jangan lupa simpanan dan duit emergency. Lepas senaraikan semuanya,  lihat sama ada gaji suami tanpa bantuan anda mampu untuk menampung kesemuanya atau tidak. Kalau mampu Alhamdulillah boleh terus ke tips seterusnya.

Kalau suami anda tak mampu untuk menanggung kewangan keluarga seorang diri, mungkin belum tiba masanya untuk anda berhenti kerja & menjadi suri rumah tangga. Buat apa berkeras untuk resign kalau akhirnya akan menyebabkan rumah tangga jadi porak peranda? Betul duit bukan segala-galanya. Tapi takde duit macam mana nak bahagia? Zaman sekarang semua benda perlukan duit.

Banyakkan berdoa kepada ALLAH supaya dimurahkan rezeki.  Minta suami diberikan pekerjaan yang lebih baik & mampu untuk menanggung kewangan keluarga. Insya ALLAH, perancangan DIA adalah yang terbaik. Kalau bukan sekarang, mungkin tahun depan. Bukan tahun depan, mungkin tahun satu lagi. Jangan bersedih. Mungkin juga ALLAH tak bagi anda jadi suri rumah sebab DIA tahu jawatan ni tak sesuai untuk anda.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 216)


Berdasarkan pengalaman saya, selepas saya tak bekerja & tumpukan perhatian kepada rumah tangga, rezeki kami sekeluarga semakin murah. Kerjaya suami saya berkembang & alhamdulillah gaji pun dah jadi berlipat kali ganda berbanding gaji beliau waktu saya bekerja dulu. 


4. Mula Menyimpan duit gaji
Bila anda & suami dah dapat kata sepakat, langkah seterusnya ialah anda boleh mula menyimpan duit gaji. Biasanya kalau nak resign kita kena bagi 3 bulan notis kepada company kan? Lepas je bagi notis, gaji bulanan selama 3 bulan tu simpan semuanya sebagai TABUNG SPECIAL CASE. Jangan sentuh sesen pun.

Alamak...tak boleh sentuh? Susah lah nak buat!!!! Hmmmm.... lepas dah resign nanti satu sen pun tak dapat gaji, 3 bulan ni adalah tempoh percubaan untuk anda suami isteri. Nak tengok boleh survive ke tak. Kalau 3 bulan ni pun tak boleh survive, rasa-rasa boleh survive ke lepas betul-betul dah resign nanti? Kalau bagi notis 1 bulan, praktiskan dengan gaji sebulan tu.

Duit dari tabung ni boleh disimpan untuk masa depan. Mana lah tahu kot apa-apa jadi kat suami, tak boleh kerja, at least kita ada sedikit duit untuk tampung perbelanjaan tanpa kacau duit dalam tabung lain. Kot ada bencana, anak sakit, mak ayah perlukan duit, boleh kita guna duit ni. Jangan pulak guna duit ni untuk shopping. Sebab bertentangan dengan tips seterusnya.

5. Bersedia untuk jadi orang takde duit
Terima hakikat bahawa lepas resign, anda dah takde sumber pendapatan. Kalau dulu hujung bulan akan ada duit masuk ke akaun, lepas ni tidak lagi.  Kalau anda murah rezeki dapat suami bergaji sebulan RM20k, boleh lah anda bershopping sakan macam dulu kala. Kalau gaji suami cukup-cukup untuk survive setiap bulan takkan anda nak shopping baju, handbag macam zaman bekerja dulu? Tak kan?

Oleh itu, bersedialah untuk tahan nafsu. Kurangkan online shopping. Tak perlu dah nak beli handbag baru, baju baru, kasut baru setiap bulan. Belajar didik nafsu.

6. Persediaan Mental
Mula-mula sekali kena bersedia kalau-kalau ada tentangan dari keluarga iaitu mak ayah sendiri, mertua, datuk, nenek, adik beradik, sepupu sepapat, hatta kawan-kawan rapat. Orang akan kata macam-macam kat anda. kalau tak kuat mental, mesti stres. Apa pun, sentiasa ingat bahawa apa yang paling penting adalah restu suami. Sebab dah kawin kan? Dah jadi hak milik suami. Mak ayah kita pun dah tak boleh nak cakap banyak. Kata-kata orang lain tu boleh la masuk telinga kanan, singgah kat hati bagi sedih sikit, lepas tu paksa keluar dari telinga kiri.

Lepas tu kena kuatkan mental setiap kali ada yang bertanya "kerja apa sekarang?" Ada sesetengah manusia yang masih beranggapan suri rumah ni low class. Menghabiskan duit suami. Tak menyumbang kepada ekonomi negara. Buang masa belajar tinggi siap berhutang ptptn tapi bodoh taknak kerja.  Biasanya soalan maut ni timbul time balik beraya, pergi kenduri kawin, atau reunion. Ada juga yang sebenarnya tahu kita tak kerja tapi saja-saja tanya sebab rasa superior dari kita.

Akan ada juga orang yang datang dan berkata "Kau tak kerja tak takut ke kalau laki buat hal? Nanti kena tinggal kau & anak-anak nak makan apa takde kerja?" Yang ni saya taknak mengomel panjang lebar kat sini. Nanti saya akan tulis entry khas untuk isu ni.

Selain tu, kena kuatkan mental dengan bisikan syaitan. Nanti bila dah jadi suri rumah, anda tengok kawan-kawan lain naik pangkat, dapat bonus, post kat facebook pasal kerja, mulalah syaitan datang berbisik. Kalau tak resign dulu, mesti bla..bla..bla... Tengok kawan-kawan pakai handbag, shopping kasut, jangan rasa rendah diri sebab tak mampu nak beli. Itu rezeki dia. Rezeki kita? Dapat duduk rumah uruskan anak & suami. Bukan semua orang murah rezeki macam kita.

Jadi suri rumah ni, bila dengar memanglah best. Orang biasanya akan imagine: bangun pagi kemas rumah, masak, tengok tv, lipat baju. Lepas tu dah boleh rehat. Baring-baring. Golek-golek main dengan anak. Layan facebook. Sembang kat whatsapp. Paling best boleh layan semua drama bersiri kat tv. Pendek kata duduk rumah menternak badan sampai petang tunggu suami balik dari kerja. Kononnya. Jangan mudah terpedaya. Sebenarnya indah khabar dari rupa. Kalau anda belum ada anak, mungkin kurang sikit beban kerja. Tapi kalau ada anak kecik sederet, nak pulak yang lasak, siap sedia.

Hari-hari anda akan dipenuhi kerja yang takkan pernah habis. Tak ingat berapa kali kemas rumah tapi selerak semula. Anak sekejap2 nak makan tak reti nak kenyang, entah berapa kali basuh pinggan sampai naik muak. Anak kejap berak, kejap pampes penuh. Kejap nak mandi. Kejap nak berpeluk. Tiba-tiba dah bergaduh. Pendek kata, masa kita habis untuk anak-anak. Tapi memang patutlah kan, resign pun sebab nak jaga anak ;p

Dah lah masa habis untuk anak je, nak ke tandas pun terkejar-kejar. Nak mandi rasa tak aman sebab ada yang jadi penonton. Kalau tutup pintu ada yang jadi guard tunggu luar pintu. Susah sangat nak dapat me time. Dulu waktu kerja dapat sembang dengan ofismate, makan sama-sama, bergosip dengan akak kerani. Penat kerja boleh tea time kat pantry. Bila dah jadi suri rumah, antara benda paling kita miss sekali ialah benda ni. Jadi, sediakan mental ye :)

Bukan saya kata ibu bekerjaya tak penat. Saya tahu, lagi penat sebab balik dari pejabat nak kena buat kerja rumah lagi. Tapi at least, waktu kat pejabat dah tukar angin. Keluar dari rumah. Dapat jumpa orang. Ada me time. Suri rumah sepenuh masa ni 24 jam, 365 hari setahun kat rumah. Takde tukar angin. Takde mental break. 

Tak payah nak tipulah.... mak-mak yang bekerja tu sabtu ahad 2 hari buat kerja rumah pun dah mengeluh penat, Cuti bersalin 2 bulan pun rasa nak pengsan duduk rumah dengan anak, lagi sanggup buat kerja pejabat. Ada yang waktu cuti rasa boring duduk rumah. Ye ke tak?  

Jadi suri rumah, mental kena kuat!!!!

7. Persediaan fizikal
Bersedia untuk kerja yang tak pernah habis. Penat jaga anak tak sama dengan penat buat kerja kat pejabat. Dan bersedia untuk tak berehat walau pun sakit. Masa bekerja, time sakit boleh ambik mc. Hantar anak ke taska, rehat kat rumah. Dah jadi suri rumah nanti jangan haraplah nak rehat. Melainkan suami boleh ambik cuti tolong kita kat rumah waktu sakit. Kalau yang biasa kena senggugut sampai merengkok atas katil (sayalah tu), bertabahlah. Time tengah sakit tu terpaksa tahan untuk layan anak-anak kecik yang belum faham mak dia tak sihat.

8. Cari Side Income
Saya cadangkan bila dah jadi suri rumah, cari side income. Zaman sekarang ni, ramai mak-mak yang dah jadi work at home mother (WAHM). Sambil jaga anak boleh cari duit. Lepas tender resign letter boleh la mula fikirkan kerja yang anda boleh buat. Ikut minat masing-masing. Kalau pandai baking, boleh jual kek & brownies. Kalau pandai menjahit boleh jahit baju & jual online atau ambil upah jahit baju. Jual telekung ke. Kalau suka budak-budak boleh ambil upah jaga anak orang (tapi yang ni penat sikit). Kalau pandai mengajar boleh buat tusyen untuk anak-anak jiran. Atau ajar budak mengaji. Kalau minat nak bisnes online jual barang pun boleh. Macam saya. Pendek kata macam-macam sumber nak buat duit.

Saya warning awal-awal. Nak jadi WAHM ni kena cekal. Sebab apa? Tugas hakiki kat rumah pun tak pernah habis, nak tambah lagi dengan bisnes. Memang penat. Dan kena pandai bahagikan masa. Tapi yang bagusnya, kita akan dapat duit. Boleh bantu buat belanja harian.

Start small. Nanti lama-kelamaan bisnes anda akan berkembang. Silap hari bulan dapat untung lagi banyak daripada gaji bulanan yang ditinggalkan dulu. Saya dah rasa, anda pun pasti boleh.

9. Suami suami suami
Suami memainkan peranan yang sangat penting terutamanya bila kita bergelar suri rumah sepenuh masa. Tanpa suami siapalah kita.  Kadang-kadang rumah selerak sebab kita terlalu penat, suami sepatutnya ringankan tulang bantu isteri. Kalau isteri penat sangat tak larat nak masak, suami belanja makan kat luar. Alhamdulillah, saya antara yang bertuah dapat suami yang sangat memahami. Saya percaya suami anda pun sangat baik dan penyayang.


Itulah dia tips yang saya rasa relevan untuk anda yang teringin nak resign & jadi suri rumah sepenuh masa. Mungkin ada yang saya tertinggal, insya ALLAH saya akan tambah kemudian. Kalau ada yang nak tambah tips, boleh lah tinggalkan di ruang komen. Ilmu yang dikongsikan takkan habis. Kepada semua yang bercita-cita nak jadi suri rumah, saya doakan impian anda menjadi kenyataan. Kepada semua suri rumah sepenuh masa di seluruh dunia, jom kita jadi isteri & ibu yang terbaik untuk keluarga. Insya ALLAH panjang umur murah rezeki saya kongsikan pula tips menjadi suri rumah awesome.


30 comments:

Unknown said...

sekarang suri rumah pun boleh buat duit admin. sambil2 main komputer kerja dari rumah. saja nak kongsi info. jemput ke blog saya untuk idea admin

[Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]

Unknown said...

Semoga saya juga akan tercapai cita2 untuk menjadi surirumah... sedang dan dalam proses berusaha..moga Allah membantu kami sekeluarga

Bingkisan Hati said...
This comment has been removed by the author.
Jida said...

yang penting kena fikir dan plan betul-betul kalau nak resign dari kerjaya hakiki. Tidak boleh terlalu mengikut emosi. Apa2pun tips ini memang terbaik. thanks for sharing

Unknown said...

I follow u...

NN said...

Memang banyak benda kena pikir sebelum nak berenti kerja utk tumpukan sebagai pekerja online ni. Pada aku duit banyak dlm simpanan kena ada...bukan apa, tapi sebagai back up. Mana tau kalau ada emergency ke apa , takat keje online ni mana la byk income masuk.

Unknown said...

Ingin mencari pendapatan sampingan sebagai perunding kecantikan??

Mennjadi agen/dropship milkbooster 12ounces cookies

Boleh hubungi saya 0163926065

Rinazul said...

salam.sy pun bhenti kerja utk jadi surirumah. waktu henti kerja mmg tak de simpanan lgsung. suami pun tak kaya pun.. gaji 1k lebih je.. sy guna mazda, pakai kad kredit..tapi mmg istikarah utk behenti jugak. btw, duit kete dlm 6++ suami bayarkan.. yg slbihnya sy cari duit sndiri smntara nk buat bisnes sndiri..tpi insyallah smua bjalan lncar dan alhmdulillah. apa kata kita tubuhkan 1 group wasap surirumah berjaya nak tak? klau berminat wasap sy 0124746867 atau contact di blog sy.

KakDayahShaklee said...

Smoga Allah permudahkan urusan saya nk resign..

mencari.kebenaran.islam said...

Askum..sy pun surirumah skg sis..sy start bhenti lepas bsalinkn ank sulung..n bpindah ikut suami ke kg dia..mula2 mmg rasa best jd surirumah tp sbb sy dh bpengalaman kja slma 5tahun..mmg terasa sgt bila tgok kwn2 kja post gmbar2 jln sini sana..beli beg..bju bjenama..huhu tp alhamdulillah tima kasih ats pkongsian sis sy kembali sedar n bsyukur dpt jd suri rumah..skurg2nya sy dpt jga ank sy sndri..jga mkn pkai suami sy dgn mudah..ank sy pun jrg sakit2 dan demam2..smoga tugas kita sbg suri rumah dirahmati n diberkati Allah.amin 😘

Siapa2 nk jadi agent DYXYCosmetics boleh wsap sy..surirumah n bisnes online..duk rumah pun boleh buat duit kan 😉 0167041414 wawa😊

Eida Beauty Consultant Mary Kay Melaka said...

Salam..Saya baru baca blog pn.Saya pun dalam proses.Notis 2 bulan.Suami minta saya resign n ikt ke sabah.Suami bgtau dia redha apa yang saya korbankan utk family.last kerja 30.04.2018. so dri sekarang mental saya dh kene kuat.tq atas sharing.

Saya adalah Beauty Consultant Mary Kay.

dalam masa sama bisnes family - Pembekal Ikan Bilis Tawau

Eida Beauty Consultant Mary Kay Melaka said...

Salam..Saya baru baca blog pn.Saya pun dalam proses.Notis 2 bulan.Suami minta saya resign n ikt ke sabah.Suami bgtau dia redha apa yang saya korbankan utk family.last kerja 30.04.2018. so dri sekarang mental saya dh kene kuat.tq atas sharing.

Saya adalah Beauty Consultant Mary Kay.

dalam masa sama bisnes family - Pembekal Ikan Bilis Tawau

Eida Beauty Consultant Mary Kay Melaka said...

Salam..Saya baru baca blog pn.Saya pun dalam proses.Notis 2 bulan.Suami minta saya resign n ikt ke sabah.Suami bgtau dia redha apa yang saya korbankan utk family.last kerja 30.04.2018. so dri sekarang mental saya dh kene kuat.tq atas sharing.

Saya adalah Beauty Consultant Mary Kay.

dalam masa sama bisnes family - Pembekal Ikan Bilis Tawau

Unknown said...

Taknak Jadi surirumah.bosannnn

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

salam sy pun bru bgelar surirumah pgalaman kerja slama 5thn.. ibu kpd 2org ank lelaki.. bhenti sbb suami dpt posting jauh dlm proses bpindah mngikut suami.. sy doakn akak2 yg lain dipermudahkan ye.. dn doakn sy jg ye.. tq tips yg sgt mmberi panduan.. insyaallah keputusan yg dibuat semata-mata kerana Allah swt.. insyallah rezeki kita semua sentiasa dimurahkan..

Unknown said...

saya masih dalam dilema untuk menjadi suri rumah. Kenangkan ank2 yg makin membesar, memerlukan penjagaan yg lebih. Semoga urusan saya d permudahkan

Unknown said...

Aslmkm dañ Salam Sejahterah, jadikan hanpon dan komputer anda membuat duit.
Hanya dengan Invite % Earn,Report & Earn, Copy&Paste(BERYURAN)anda akan dibayar. Anda juga diberi wang percuma setiap hari(win cash). Sila buat pendaftaran PERCUMA di link ini

https://online-home-jobs.com/register.php?ref=asre28akibin

Tidak salah mencuba

Unknown said...

Sila guna email yahoo. Boleh cuba link kedua ini

https://online-home-jobs.com/affiliate.php?id=OHJ60932

AtoZ Handmade Craft said...

Pernah jadi suri rumah.. Mmg seronok..dapat belai anak2..tapi make sure suami memahami kita..

Ely Norsuhaili Ali said...

Terima kasih sharing tips. .saya dalam dilema nak berhenti kerja. .mengenangkan kerja dengan cina..saya susah nak cuti..badan hari-hari sakit.. balik rumah dah penat dah stress asyik marah-marah kat anak..nak cuti nak mc pun susah..Allah.. umur saya dah semakin meningkat jadi saya perlu buat sesuatu..insyaAllah mohon doakan saya. .

Kimmy said...

perkhidmatan pembantu rumah terbaik untuk membantu anda dengan semua keperluan rumah tangga anda

Potpetcikpuanemas said...

Pm sy pls....utk grup wsup surirumah berjaya 01156591960 alia

Unknown said...

Thanks for ur sharing..very supportive n make me feel good..

Unknown said...

Saya pun dh lama nak bhenti kerja tapi bila pk kan gaji dh sedap rasa syg nak bhenti dan bila baby baru lahir ni, rasa teruja nak jaga baby sendiri sbb kakak abg dia dulu htr pengasuh je. Dah 10 tahun br dpt baby lagi. Suami xde halangan utk sy bhenti cuma sy je skang masih 50 50. Simpanan dah ada dan in sya Allah mencukupi. Bantulah sy Ya Allah..

Unknown said...

hai..bgus sekali blog...moga para wanita dpt guide ckit kan? ..klaudh ade cukup saving dn rasa yakin resign aje..percayalah ade rezki lain menanti selepastu..malah rezki anak lebih lg..sy dh alami..sy wt cuckoo secara sambilan dirumah bilaresign mengajar...alhamdulillah sgt..sapa2 nak beli penapis air/udaracuckoo bolehla wsp sy yer 011-16930576..klau nak join jd agen pun sy alukan sbbtgh bina team ni..jom!

nrul said...

Pm sy 0133654290 huda

Unknown said...

assalam nak tanya pendapat admin, suami tak bagi kerja lps da dpt zuriat tapi saya rasa ralat nak meningalkan kerjaya saya..apa ye perlu sye buat.?

Rasnazie said...

Pm sy utk masuk dlm group 0139857040..sy pun nak jadi suri rumah sepenuh masa

Unknown said...

Assalamualaikum.. Pm saya juga puan. Ni no saya.. 0128037035.. Tq

Post a Comment

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...