Wednesday 14 October 2015

Ibu Mertua Tak Sayang Kita? Terima Seadanya


Ada beberapa kenalan yang minta pendapat saya tentang hubungan dengan ibu mertua. Senang cerita, kekecewaan sebab tak rapat dengan ibu mertua seperti yang diharapkan.

Sesungguhnya saya bukan ahli untuk memberi pandangan dalam perkara ni. Sebab saya pun masih dalam proses belajar untuk menjadi menantu yang terbaik. Cuma apa yang boleh saya katakan:

1. Walau seburuk mana layanan mertua kepada kita, sentiasa ingat bahawa ibu mertua adalah manusia yang melahirkan, menyusukan, dan mendidik suami kita. Ya.... mungkin ibu mertua tak sayangkan kita, tapi dia sayangkan suami kita & suami kita sayangkan dia. Takkan kita sanggup nak benci kat dia?

2. Kalau betul ibu mertua sayangkan suami saya, sepatutnya dia sayangkan saya, satu-satunya wanita yang suami cintai. BETUL. Kalau difikirkan secara logik, sepatutnya memang begitu. Tapi apa nak buat, manusia dalam dunia ni ada bermacam jenis. ALLAH takdirkan kita dapat ibu mertua macam tu. Rezeki kita.

3. Suami tahu ibunya tak layan saya seperti yang sepatutnya, tapi tak buat apa-apa. Kata sayang kat saya, tapi kenapa biar ibu dia lukakan hati saya? Perit kan? Rasa terluka sangat. Ketahuilah... suami memang sayangkan kita. Tapi suami juga WAJIB hormati ibunya. Mungkin kita rasa macam suami tak buat apa-apa. Tapi sebenarnya suami dah cuba bercakap dengan ibu dia, cuma ibu mertua kita yang taknak berubah. Takkan kita nak paksa suami jadi anak derhaka semata-mata sebab kita? Tak nak kan.... jadi, fahamilah keadaan suami kita yang tersepit antara ibu dan isteri tercinta.

4. Saya tak tau apa salah saya sampai diperlakukan begini. Saya tak pernah buat salah. Kenapa mertua tak sayangkan saya? Kenapa lebihkan menantu lain dan sengaja tunjuk depan saya? Jawapannya: ALLAH sedang menguji kita. ALLAH terlalu sayang kat kita. tak payah buang masa fikir "apa salah aku?" "kenapa dia tak sayang aku?" Tapi sentiasa ingat: ALLAH UJI AKU SEBAB DIA SAYANG KAT AKU. Mesti rasa lega.

5. Tapi saya manusia biasa yang ada hati & perasaan. Tak boleh tahan bila mertua layan endah tak endah & sengaja tunjuk yang dia sayangkan menantu lain. Betul. Kita manusia yang ada hati & perasaan. Siapalah yang tak terluka bila ibu mertua buat macam tu. Bila jadi macam tu, cepat-cepat pegang tangan suami. Bagi suami perasan apa yang berlaku. At least suami ada di sisi kita.

6. Ibu mertua tak suka saya tapi sayang anak saya. Sibuk telefon nak bercakap dengan anak saya, sibuk nak berjumpa. Mana boleh macam tu. Taknak saya tapi nak anak saya. Ramai yang alami keadaan begini. Memang sakit hati, tapi kita terpaksa terima hakikat bahawa anak kita, walau pun milik kita, tetap cucu kepada ibu mertua kita. Anak kepada anak lelaki dia. Takpe, fikir positif. At least ibu mertua sayang kat anak kita. Kalau ibu mertua tak sayang anak kita dan beza-bezakan dengan cucu lain lagi kita sedih. Setuju kan? Memang sakit hati bila ibu mertua selalu nak bercakap & berjumpa dengan anak kita. Luahkan perasaan kepada suami. Biar suami tahu apa yang kita rasa. Walau pun mungkin suami tak boleh buat apa-apa, yang penting suami tahu apa yang kita rasa.

7. Apa saya nak buat supaya ibu mertua sayangkan saya? Jadi menantu yang terbaik. Kalau selama ni kita dah jadi menantu yang terbaik, jadi yang super duper terbaik. Layan ibu mertua dengan baik walau pun hati kita terluka. Walau pun mungkin ibu mertua masih tak sukakan kita, yang penting malaikat dah catat kebaikan kita. Kat akhirat nanti kita dah menang. Best kan?

8. Ada apa-apa doa atau amalan yang boleh saya amalkan supaya disayangi ibu mertua? Jangan tinggal solat 5 waktu. Tiap kali lepas solat, amalkan Ayatul Mahabbah yang berikut:



Kalau kita ikutkan hati yang sedih dan marah, memang takkan ke mana. Cemburunya tengok orang lain rapat dengan mertua. Kenapalah saya tak dapat jadi macam tu? STOP IT!!!! Ini hidup kita. Ini apa yang ALLAH dah tentukan untuk kita. Bersyukur dan berhenti bandingkan dengan hidup orang lain. Takde apa-apa faedah pun kalau berterusan nak bandingkan dengan nasib orang lain.

Jadi menantu yang terbaik, dan sentiasa berdoa agar ALLAH lembutkan hati ibu mertua supaya sayangkan kita. Insya ALLAH.... one fine day, doa kita akan diperkenankan.

0 comments:

Post a Comment

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...