Sunday 4 October 2015

Terharunya! Terima Kasih Kawan-kawan


Nikmat ALLAH datang dalam pelbagai bentuk. Salah satu daripadanya ialah kawan-kawan yang baik & sayangkan kita.

Saya ni cuma suri rumah. Tak punya ramai kenalan. Jarang sekali hang out, makan-makan dengan kawan-kawan. Masa saya habis untuk keluarga & bisnes.

Tapi Alhamdulillah, dikurniakan kawan alam maya yang sangat baik. Kawan yang tak pernah jumpa face to face. Atau pun kawan yang dah bertahun-tahun tak jumpa, cuma lihat perkembangan masing-masing difacebook. Tapi punya ukhuwah yang kuat.

Waktu status saya jadi viral, rupanya ada kawan yang tak suka & bercakap di belakang saya. ALLAH takdirkan ada yang terbuka hati untuk bagitahu saya dengan bukti. Kalau tak, sampai sekarang saya tak tahu. Siapa sangka orang yang nampak baik dengan kita, orang tu yang tak senang dengan kejayaan kita.

Waktu status saya menjadi viral banyak page yang menulis semula tanpa bagi kredit kepada saya. Hingga hari ni ramai kawan yang mention nama saya di sana & marah kerana isu kredit tersebut. Tak sangka ramai yang sayangkan saya. Terharunya!

Bila saya buat status bertanyakan sesuatu atau minta pendapat, ramai yang akan berusaha carikan info. Tag & mention saya di status berkenaan. Mesej saya. Malah ada yang buat status diwall sendiri bertanya kawan-kawan semata-mata nak dapatkan info untuk saya. Terharu sangat-sangat.

Pernah saya rasa sedih. Saya kongsikan perasaan difacebook. Dalam ribuan kawan, ada seorang sahabat istimewa yang kongsikan sebuah video diwall saya dengan kata-kata hikmah. Sahabat maya yang tak pernah bersua muka. ALLAH je yang tahu betapa terharunya saya. 



Terima kasih kawan-kawan. Terima kasih sebab sayangkan saya. Terima kasih kerana membahagiakan hati saya. Semoga ukhuwah yang dibina berkekalan sampai bila-bila.

0 comments:

Post a Comment

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...