Monday, 7 December 2015

Korang Bungkus Aurat Ke Tutup Aurat?


Bungkus aurat dengan tutup aurat tak sama tau!

Tak percaya? Tanya kat Ali ;)

Oleh itu, pastikan kita tutup aurat. Bukan bungkus aurat.


Jagalah Diri Sendiri, Usah Sibuk Dengan Urusan Orang Lain


Saya terjumpa kisah-kisah ini di facebook, menarik dan penuh dengan pengajaran.



Kisah Pertama : 
Seorang abang bertanya kepada adik perempuannya ketika melawat adiknya yang baru seminggu bersalin. "Hadiah apa yang diberikan oleh suamimu setelah engkau melahirkan bayi untuknya?" "Tidak ada." Jawabnya ringkas. Abangnya berkata lagi, "Mana mungkin, adakah engkau tidak berharga di sisinya? Aku sendiri kerap memberikan hadiah untuk isteriku walau tiada alasan yang istimewa."

Petang itu, ketika suaminya penat pulang dari bekerja, isterinya sedang merajuk. Mereka berdua mula bertengkar. Selang beberapa bulan kemudian, suami dan isteri ini bercerai. Apakah punca masalah rumahtangga mereka? Dari soalan seorang abang yang terlalu mengambil tahu tentang rumah tangga orang lain.
Kisah kedua : 
Seorang ibu mertua bertanyakan soalan tentang keselesaan rumah anak menantunya. "Kamu tak rasa rumah kamu ini terlalu sempit? Bukankah anak-anak kamu sudah ramai?”
''Berapa gaji kamu suami isteri sebulan?" Menantunya menjawab, "RM3500" "Hanya RM3500? Terlalu sedikit majikan kamu menghargai dirimu. Adakah cukup untuk memenuhi keperluan hidup kamu? "

Rumah yang tadinya terasa lapang, mula dirasa sempit oleh penghuninya. Ketenangan yang dulu ada, juga turut menghilang. Tak lama kemudian, keluarga ini mula tersepit dengan hutang kerana mencuba membeli rumah yang lebih besar dengan berhutang diluar kemampuan kewangan keluarganya. 

 Kisah ketiga : 
Seseorang bertanya kepada makcik tua. "Berapa kali anak-anak makcik datang mengunjungi makcik dalam sebulan? " Makcik itu menjawab, "Sebulan hanya sekali." Si penanya menempelak, "Wah teruk betul anak-anak makcik. Di usia makcik sebegini, sepatutnya mereka mengunjungi makcik dengan lebih kerap lagi." Hati si makcik menjadi sedih. Sedangkan selama ni makcik itu memahami kesibukan anak-anaknya. Makcik tadi mula menangis. Ini memburukkan kesihatan tubuhnya.

Apakah yang kita dapat dari bertanya soalan-soalan di atas? Jagalah diri kita sendiri. Usah sibuk dengan urusan orang lain. Sebab kita tak tahu, soalan yang kita anggap simple, boleh merosakkan hidup orang lain.

Hukum Melukis Inai Di Tangan Dalam Islam


Sekarang dah jadi trend untuk pengantin melukis inai di tangan. Corak yang menjadi feveret ialah awan larat & tumbuh-tumbuhan seperti paku-pakis. Sememangnya lukisan inai tersebut akan menaikkan seri & menjadikan pengantin nampak semakin manis.

Tapi, apakah hukum melukis inai di tangan dalam islam?

Bolehkah? Haruskah? Atau jatuh dalam kategori haram?

Jom baca penjelasan berikut:


Sekarang, kita dah tahu! Sama-sama kita perbaiki diri & menjadi wanita solehah yang berbahagia di dunia & akhirat.

Thursday, 3 December 2015

Jaga Mulut Kita


Biar orang buat kita, jangan kita buat orang.

Biarlah apa orang nak kata pasal kita, asalkan kita tahu yang kita bukan macam tu. Yang penting ALLAH kenal siapa kita. 

Jaga mulut kita. Tak payah buang masa nak balas. Lama-lama bila penat dia berhentilah.

Senang je kan?

Pekakkan telinga, butakan mata. Tutup mulut kita rapat-rapat.

Pasti kita takkan sakit hati.


Facebook Oh Facebook


Tak tau nak gelak ke nak menangis?

Semua benda tak betul.

Berdoa kat facebook, ada yang pertikaikan.

Share berita gembira dikatakan riak.

Share kesedihan, jap lagi ada yang kata jangan terlalu ceritakan masalah. Bukan semua orang akan faham. Malah ada yang akan bergembira atas lesedihan kita.

Senang cerita, serba tak kena.

Siapa yang patut deactivate akaun. Yang suka bercerita ke yang suka menilai?


Mendidik Anak Cara Nabi



Hari ni saya nak berceloteh tentang mendidik anak cara nabi sebagai panduan kita bersama. Mendidik anak cara nabi ada 3 peringkat :

1) Waktu bermain : umur 1 hingga 7 tahun
2) Waktu disiplin : umur 8 hingga 14 tahun
3) Waktu berkawan : umur 15 hingga 21 tahun

1) Waktu bermain : umur 1 hingga 7 tahun
Pada peringkat 1 kita bagi anak bermain. Ini adalah bonding time dengan anak-anak. Kita sebagai ibu bapa rapatkan diri dengan anak-anak supaya hubungan jadi erat. Ingatlah, anak kita kecil sekali je. Sekejap pulak tu. Sekelip mata dah besar. Pejam celik, pejam celik dah masuk darjah satu. Semasa peringkat ni, kalau nak belajar pun for fun & bersahaja, bukan paksa anak pandai segala benda.

Tapi masyarakat zaman kita ni anak baru 3 tahun dah dihantar ke tadika. Malah ada yang hantar anak pergi tuition. Nak yang the best. Berlumba-lumba nak anak bijak seawal yang mungkin. Umur sekian wajib pandai membaca. Umur sekian wajib hafal 10 surah. Umur sekian wajib pandai bercakap 3 bahasa.

2) Waktu disiplin : umur 8 hingga 14 tahun
Peringkat kedua sepatutnya kita bertegas disiplinkan anak-anak. Tapi biasanya waktu ni ada yang masih manjakan anak. Apa anak nak kita bagi. Nak handphone kita bagi, siap bagi yg canggih ada macam-macam application . Anak nak ada akaun facebook kita tolong create kan. Whatsapp, wechat, line, telegram semua anak kita ada. Berhubung dengan dunia luar tanpa batasan. Apa anak nak semua bagi. Disiplin? Tolak tepi.

Sepatutnya waktu ni kita disiplinkan anak, bukannya mengikut kehendak anak.

3) Waktu berkawan : umur 15 hingga 21 tahun
Peringkat ketiga sepatutnya kita layan anak sebagai kawan. Pastikan anak rapat dengan kita, habiskan masa dengan kita, berkongsi rasa dengan kita. Pendek kata, kita sebagai ibu bapa adalah bestfriend anak-anak.Tapi apa yang jadi? Waktu ni anak lagi rapat dengan kawan-kawan. Kawan jadi nombor 1 dalam hidup anak-anak. Waktu ni anak-anak dalam proses akil baligh & sangat fragile. Mudah memberontak. Mudah terpengaruh. Macam yang kita alami dulu. Itulah sebabnya kita kena rapat dan sentiasa ada dengan anak pada peringkat ni.

Selepas umur 21? Anak kita boleh dianggap sebagai dewasa. Insya ALLAH, berkat didikan kita selama 21 tahun... anak kita dah pandai menilai mana yang baik, mana yang buruk. Dah tau bawa diri & membuat keputusan. Kita sebagai ibu bapa menjadi pemerhati, bagi panduan , bagi nasihat bila diminta & menegur kalau perlu.

Nabi dah bagi garis panduan cara didik anak, tapi tak ramai yang nak ikut. Ramai ibu bapa yang memilih untuk ikut cara moden. Nanti bila dah besar anak takde akhlak macam nabi mulalah kita bertanya kepada diri sendiri " Apa salah aku dalam mendidik anak? " Padahal guideline nabi kita taknak ikut.

Peringatan untuk diri sendiri. Parenting is not easy. Masih jauh perjalanan dalam mendidik anak-anak. Semoga kita dapat berikan didikan terbaik untuk anak-anak.


Tuesday, 1 December 2015

Sayang Pahala? Jangan Mengumpat


Mengumpat adalah antara aktiviti yang paling seronok bagi kaum wanita, terutamanya.

Apa taknya, bercakap pasal keburukan orang. Mau tak best? Lepas satu, satu keburukan orang tu keluar. Berkat hasutan syaitan yang sama-sama join kita mengumpat.

Kalau zaman dulu, semua ahli kena berkumpul kat satu tempat untuk mengumpat. Biasanya kalau nak mengumpat kena berkumpul kat pantry pejabat, atau melepak kat bilik kawan. Kalau kat kampung atau taman perumahan, petang-petang melepak kat halaman rumah bawah pokok. Ambik angin sambil mengumpat. 

Sekarang dah moden. Sorang kat Malaysia, sorang kat Amerika Selatan pun masih boleh join sesi mengumpat. Kan ada group whatsapp, telegram. malah kat wall facebook pun boleh mengumpat.

Antara fitnah akhir zaman.

Jom sayangi pahala masing-masing. Penat solat tahajud tunggang-terbalik tengah malam. Puasa sunat setiap isnin & khamis. Mulut zikir tak henti-henti. Tutup aurat dengan sempurna. Solat awal waktu. Tapi apa gunaya kalau akhirnya kita bagi free kat orang lain.

Jom perbaiki diri. Say no to MENGUMPAT.


Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...