Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts

Tuesday, 1 December 2015

Sayang Pahala? Jangan Mengumpat


Mengumpat adalah antara aktiviti yang paling seronok bagi kaum wanita, terutamanya.

Apa taknya, bercakap pasal keburukan orang. Mau tak best? Lepas satu, satu keburukan orang tu keluar. Berkat hasutan syaitan yang sama-sama join kita mengumpat.

Kalau zaman dulu, semua ahli kena berkumpul kat satu tempat untuk mengumpat. Biasanya kalau nak mengumpat kena berkumpul kat pantry pejabat, atau melepak kat bilik kawan. Kalau kat kampung atau taman perumahan, petang-petang melepak kat halaman rumah bawah pokok. Ambik angin sambil mengumpat. 

Sekarang dah moden. Sorang kat Malaysia, sorang kat Amerika Selatan pun masih boleh join sesi mengumpat. Kan ada group whatsapp, telegram. malah kat wall facebook pun boleh mengumpat.

Antara fitnah akhir zaman.

Jom sayangi pahala masing-masing. Penat solat tahajud tunggang-terbalik tengah malam. Puasa sunat setiap isnin & khamis. Mulut zikir tak henti-henti. Tutup aurat dengan sempurna. Solat awal waktu. Tapi apa gunaya kalau akhirnya kita bagi free kat orang lain.

Jom perbaiki diri. Say no to MENGUMPAT.


Kisah Lelaki Dan Aurat Wanita


Kita orang perempuan selalu terlupa bahawa orang lelaki tak sama macam kita.

Mata orang lelaki ni hebat. Bila pandang sesuatu benda, dorang boleh scan tembus ke dalam & imagine macam mana rupa benda kat dalam tu.

Sebagai contoh:

Kalau dia ternampak perempuan pakai baju ketat, dia boleh imagine macam mana keadaaan tubuh badan yang terbungkus dalam sarung nangka tu. Macam mana buah dada jadi terpenyek, dan boleh anggar bra saiz berapa perempuan tu pakai.

Kalau dia ternampak perempuan pakai jubah ketat nampak alur seluar dalam, bentuk peha, dan sekali imbas watu berjalan nampak bayang-bayang bentuk kemaluan, dia dah boleh imagine macam mana tubuh badan perempuan tu kalau tak berpakaian.

Kalau ternampak perempuan duduk tak senonoh, contohnya mengangkang.... mata dia tembus seluar yang dipakai. Boleh nampak dengan jelas apa yang ada kat celah kangkang tu.

Ada orang perempuan yang tak percaya? Terpulanglah. Tapi ini kebenaran.

Memang dalam islam lelaki dituntut supaya menundukkan pandangan. Jaga pandangan. Tapi dengan persekitaran kita sekarang,sana sini perempuan seksi. Bersepah. Nak suruh orang lelaki tunduk macam mana lagi? Nak suruh dorang  jalan pandang lantai, jangan angkat muka langsung?

Nak suruh dorang jalan sambil tutup mata, kalau terlanggar dinding kira nasiblah?

Suami saya sampai deactivate facebook sebab tak larat nak jaga mata. Dah la keluar dari rumah asyik kena jaga pandangan untuk elakkan ternampak aurat perempuan lain, balik rumah bila online pun sama. Akhirnya sekarang suami saya dah takde facebook. Sampai tahap macam tu sebab nak menjaga pandangan.

Tak patut macam tu kan? Kesian kat orang lelaki.

Tahukah anda bahawa "Islam itu indah"? Sebab tu dalam Al-Quran, perempuan juga dituntut supaya menutup aurat dengan sempurna. Adil. Fair & square. Yang perempuan tutup aurat dengan sempurna, yang lelaki tundukkan pandangan. Dua-dua mainkan peranan.

Insya ALLAH, dunia akan menjadi aman. Setuju tak?

Jom sama-sama perbaiki diri supaya menjadi wanita solehah yang hebat!


Monday, 30 November 2015

Sebuah Kisah Yang Membuatkan Saya Menitiskan Air Mata

A heartbreaking day...
Di dewan bersalin, menyambut seorang adik, remaja sekolah menengah rendah.. Wajahnya kelihatan tenang, disulam kerut-kerut dahi menahan sakitnya contraction pain. A petite, pretty, innocent young lady indeed.

Sementara menunggu fail pesakit tiba di tangan... Kami siap sediakan peralatan yang patut. CTG (cardiotocography) machine dipasang, delivery set, vaginal examination set, bladder catheterization, suction set.. Darah pesakit diambil untuk saringan kumpulan darah, standby sekiranya ada komplikasi pendarahan berlaku selepas pesakit bersalin.
"Adik sekolah lagi?" Sapaan seorang staf.
"Saya baru berhenti sekolah beberapa bulan lepas. Takut kawan-kawan tau.."

Tangan cekap melakukan kerja, sambil otak ligat berfikir, memecahkan puzzle yang masih banyak lopongnya. Kes apa ye ini?
"Saya mangsa rogol..." Perlahan dia berkata.
Sentap. Sunyi.. 10 saat, 20 saat.. Terdengar suara beliau mengerang kesakitan. Dengan penuh tenang dan prihatin, kami ajarkan si adik cara-cara menahan sakit, cara meneran apabila saat melahirkan anak tiba nanti. Beberapa ayat quran dan zikir diajarkan beliau untuk tenangkan minda, mudah-mudahan dipermudahkan proses delivery nanti.
Tidak lama kemudian, ibu adik ini masuk. Wajahnya segar. Penuh motivasi. Istimewanya ibu ini. Tidak henti-henti mengurut belakang badan, tangan dan kaki sambil mulut memberi sokongan kepada si adik. Setiap kali contraction pain datang, ibu ini tidak jemu berkata, "Sabar ye nak, nak bersalin memang sakit. Baca istighfar, mengucap.. Baca tu haa, ayat yang tulis kat dinding tu. Laa ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minazzholimin.."
"Puan, jemput duduk.. Penat puan berdiri dari tadi."
"Tak mengapa, kesian kat anak saya ni."

Setelah ARM (artificial rupture of membrane: satu prosedur untuk membantu pecahkan air ketuban) dilakukan, air ketuban yang mengalir keluar kelihatan sedikit keruh, light meconium stain liquor, inform pediatrics team untuk standby!
"Apa ye tu doktor?" si ibu bertanya.
"Puan, kita buat ARM ni tadi untuk 2 tujuan, pertama untuk lihat warna air ketuban, sekiranya keruh maknanya baby dah buang najis di dalam, menandakan dia dalam keadaan tertekan dan boleh jadi lemas. Kedua, untuk bantu cepatkan sedikit proses bersalin. Dan kami perasan air ketuban adik ni tadi ada stain najis bayi. Tapi insya Allah masih dalam keadaan stabil, kita pantau keadaan baby dengan CTG machine tu. Setakat ni nampak fungsi jantung baby baik, maknanya belum ada tanda-tanda lemas."
"Ooo.. Boleh jadi tak baby ni tertekan sebab di rumah, anak saya pukul-pukul perutnya dengan baldi. Boleh jadi tak sebab tu?"
"Pukul dengan baldi?"
"Iye.. Lepas kejadian tu, di rumah dia selalu murung. Berkurung dalam bilik. Menangis sendiri. Tak jumpa orang. Saya ni je lah yang selalu buat dia senyum, ketawa."
"Insya Allah bukan sebab tu, puan jangan risau ye.."
Kadar contraction semakin kerap, adik ini semakin kesakitan.
"Akak, saya rasa macam nak meneran!"

"Ok adik... Tarik nafas, kami periksa ya.."
"Os fully!" Semua bersedia. Rambut si bayi sudah kelihatan.

Si ibu bergegas keluar kamar bersalin. Mata dan hidungnya merah. Mulutnya terkumat kamit berdoa. Si ibu menangis..
"Eh puan tak nak masuk, teman anak bersalin?"
"Saya tak sanggup tengok anak saya sakit begini."

Dia masuk semula..
Sambil mengusap pantas rambut si anak, di berkata,
"Ibu keluar ye sayang, Adik boleh, jaga diri ye."
Dicium lembut pipi si anak. Air matanya mengalir laju.

"Ibu, jangan tinggalkan adik... Ibu jangan pergi" lemah suara si anak merayu..
Ya Ilahi... drama apakah ini?
Kenapa penglihatan mata ini berkaca-kaca? Tak mampu menahan air mata yang sarat bergenang.. Ya Allah jangan biarkan air mata ini jatuh..
Tunduk merenung CTG machine yang rancak berbunyi, bunyi degupan jantung si bayi yang sedang berjuang keluar dari laluan sempit vagina ibu. Menyembunyikan wajah yang merah menahan perasaan.
Sebagai petugas professional kesihatan, tidak sepatutnya kami mengalirkan air mata di hadapan pesakit.

"Ok adik, tarik nafas dalam-dalam.. 1,2,3 teran!"
Alhamdulillah 2 minit kemudian, nyaring suara tangisan bayi memenuhi kamar bersalin itu. Ceria. "Alhamdulillah, tahniah adik.. Awak dah jadi ibu.. Baby kita beri dulu pada doktor kanak-kanak ye.. Sebab tadi dia dah buang najis di dalam.. Biar doktor kanak-kanak periksa dulu ye".. Semua tersenyum lebar.. Lega..
.......
Malam itu, sebelum pulang.. saya tinjau seketika ke kamar itu. Dia mencium kepala bayinya, penuh kelembutan. Penuh kasih sayang.. Tiada riak benci pada bayi yang pernah dipukul dengan baldi ketika dalam kandungan. Maha suci Allah..
........
Kami pulang dengan dendam dan perasaan marah yang hanya mampu tersimpan jauh di sudut hati.
Siapakah sekumpulan lelaki-lelaki yang tidak bertanggungjawab mengganggu dan menangkap adik ini ketika beliau pulang dari sekolah? Siapakah yang mencalarkan maruah adik ini sehinggakan beliau terpaksa melarikan diri ke negeri lain bagi menyembunyikan tragedi itu dari pengetahuan jiran dan rakan? Apakah tiada balasan yang setimpal untuk perbuatan zalim yang tidak selayaknya dilakukan oleh makhluk yang membawa akal dan iman dalam fitrah ciptaannya?

Copy paste dari fb Puan Nur Ameen


Tuesday, 24 November 2015

Jangan Sibuk Tanya "Bila Nak Kurus" Walau Pun Sekadar Gurauan


Tahukah anda, bertanyakan soalan "Bila nak kurus?" kepada seorang yang berisi adalah satu tindakan yang sangat tidak sensitif.

Soalan tersebut sangat pedih hingga menusuk kalbu.

Mungkin dia tak tunjuk kat kita, senyum-senyum bila kita tanya. Tapi dalam hati takde siapa yang tahu.

Seeloknya elakkan dari bertanya soalan sebegini walau pun dengan niat untuk bergurau.

Banyak lagi benda lain yang boleh kita jadikan bahan gurauan, selain tubuh badan dia yang berisi.

Sama-sama kita perbaiki diri.


Wednesday, 18 November 2015

Ciri-ciri Wanita Tidak Solehah & Tidak Sesuai Dijadikan Sebagai Isteri


Ngeri rasa bila saya terjumpa senarai ni.

Ciri-ciri wanita tidak solehah & tidak sesuai dijadikan sebagai isteri.

Jom pastikan ciri-ciri ni takde dalam diri kita. Nauzubillahiminzalik.

1. Al -Anaanah: wanita yang suka mengeluh.
Wanita yang tak pernah cukup dengan apa yang ada. Diberi rumah tak cukup besar, dah ada kereta nak yang lagi mewah & bergaya. Tak pernah nak bersyukur dan tak tau menghargai apa yang diberikan oleh suami. Asyik nak ikut nafsu & keinginan dia je, tanpa ambik peduli perasaan suami. Tak hormat kepada suami, jauh sekali nak berterima kasih. Senang cerita, tak pernah puas dengan apa yang disediakan oleh suami. Ada je yang tak cukup.

2. Al-Manaanah: wanita yang suka mengungkit.
Suka sangat mengungkit apa yang pernah dibuat atau diberikan kepada suami. Pernah pinjamkan duit kepada suami sebanyak RM100, RM100 tulah yang diungkit sampai bertahun-tahun. Pernah tolong hantarkan adik ipar ke universiti, yang sekali tulah diungkit-ungkit.

3. Al -Hunaanah: wanita yang suka mengingati bekas kekasih atau bekas suami. 
Wanita Al-Hunaanah selalu mengingati lelaki lain & membandingkan suami dengan lelaki tersebut. 
4. Al- Hudaaqah: wanita yang suka memaksa.
Kalau nakkan sesuatu, dia nak jugak. Tak kiralah apa pun, yang penting dapat apa yang dia nak. Sampai paksa suami  untuk belikan. Kalau tak beli, dia akan merajuk & ugut yang bukan-bukan. Semoga kita tak termasuk dalam golongan ni.

5. Al -Hulaaqah: wanita yang suka berhias di hadapan lelaki lain.
Ingatlah bahawa kecantikan seorang isteri hanyalah untuk tatapan suami. Berhiaslah secantiknya semasa suami berada di rumah. Pakai baju cantik, dandan diri, pakai minyak wangi. Bukannya berhias waktu nak keluar rumah.

6. As-Salaaqah: Wanita yang banyak bercakap merepek, mengarut & bergosip.
Siang malam dok bergosip kat facebook, whatsapp, telegram bagai. Kalau tak bergosip, dia dok sembang benda mengarut, mengumpat & merepek yang takde faedah. Bukannya nak habiskan masa untuk mengaji, berzikir, berselawat.

Jadi macam mana, ada terasa ke? Kalau ada yang terkena kat batang hidung sendiri, jom kita baiki diri supaya jadi wanita solehah yang menjadi dambaan setiap suami.


Tips Kebahagiaan Wanita Solehah


Ada yang tak setuju dengan kata-kata ni?

Berburuk sangka akan menyebabkan hati kita tak tenang. Kalau hati tak tenang macam mana nak bahagia?

Hasad dengki akan menyebabkan kita sentiasa tak senang duduk. Ada je benda yang kita iri hati kat orang. Orang hidup bahagia, kita dengki. Orang gembira, kita sakit hati. Macam mana nak bahagia?

Marah. Asyik nak marah je. Sikit-sikit nak jadi singa betina. Tak aman hidup. Bukan hidup kita je tapi orang keliling pun terkena tempias.

Dendam. Sekali orang buat kat aku, sampai ke lubang kubur aku ingat. Aku takkan maafkan. Sesungguhnya dendam adalah perosak hati. Juga perosak kebahagiaan.

Nak bahagia? Jom perbaiki diri. Kita buang semua sikap buruk ni dari diri kita. Cuba jadi seorang yang sentiasa bersangka baik, mendoakan orang lain, memafkan, dan melupakan salah orang lain kepada kita. Amalkan doa hilangkan marah ni setiap hari, insya ALLAH akan nampak kesannya.

Jom, jadi wanita solehah yang bahagia!


Saturday, 3 October 2015

Nakkan Anak Yang Soleh, Ibunya Pun Kenalah Jadi Wanita Solehah



 Semua ibu mengharapkan anak yang dilahirkan dari rahimnya menjadi anak soleh & solehah. 

Tapi kadang-kadang kita terlupa bahawa untuk mendapatkan anak yang soleh, kita sebagai ibu perlu menjadi wanita solehah terlebih dahulu. Kerana sebagai seorang ibu, kita adalah yang paling dekat dihati anak.

Tiap hari berdoa supaya anak menjaga solat tapi emaknya solat pun tak cukup 5 waktu sehari semalam. Kalau solat pun dah hujung-hujung waktu. Tergesa-gesa pulak tu. Sentap kan?

Berharap anak menjaga aurat tapi emaknya sendiri stokin kaki pun tak pakai. Tudung pendek tak tutup dada. 

Mendoakan anak menjaga batas pergaulan tapi emaknya berhuha dengan kawan lelaki macam tak tau batasan agama.

Peringatan untuk diri saya sendiri. Nakkan anak yang soleh & solehah? Ibunya pun kenalah jadi wanita solehah. Wajib. 

Erti Sebenar Kecantikan Seorang Wanita

Semua orang nak jadi cantik. Tipulah kalau ada yang kata TIDAK.

Nak cantik untuk suami. Nak cantik untuk keyakinan diri. Nak cantik untuk kepuasan diri.

Jaga kulit muka. Jaga bentuk badan. Jaga personaliti.

Tapi ramai yang terlupa bahawa sesungguhnya kecantikan itu bukan pada wajah semata-mata. Ianya lebih daripada itu. Bak kata orang putih, beauty is skin deep.

Kecantikan sebenar ialah mempunyai minda, hati, dan jiwa yang cantik.


Kecantikan minda bermaksud seorang yang sentiasa tenang walaupun diuji, sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan olehNya, dan menyayangi semua orang termasuk mereka yang tak melayan kita dengan baik.

Hati yang cantik pula bermaksud hati yang bersih dari dendam, sentiasa memafkan orang lain, sentiasa bersangka baik. Pendek kata, hati yang suci & bersih. Bukan hati yang kotor & hitam. Susah kan nak dapat kecantikan hati? Susah. Susah sangat. 

Orang yang berjiwa cantik memiliki hati & minda yang cantik. Ada kedua-duanya. Super duper susah untuk dimiliki. Tapi boleh dimiliki. Berusaha perlahan-lahan & yang paling penting istiqamah. Sedikit demi sedikit tapi berterusan.

Teringin sangat nak jadi wanita yang cantik dalam erti kata yang sebenarnya- cantik luar dan dalam. Insya ALLAH sedang berusaha ke arah itu. Doakan saya.

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...