Ngeri rasa bila saya terjumpa senarai ni.
Ciri-ciri wanita tidak solehah & tidak sesuai dijadikan sebagai isteri.
Jom pastikan ciri-ciri ni takde dalam diri kita. Nauzubillahiminzalik.
1. Al -Anaanah: wanita yang suka mengeluh.
Wanita yang tak pernah cukup dengan apa yang ada. Diberi rumah tak cukup besar, dah ada kereta nak yang lagi mewah & bergaya. Tak pernah nak bersyukur dan tak tau menghargai apa yang diberikan oleh suami. Asyik nak ikut nafsu & keinginan dia je, tanpa ambik peduli perasaan suami. Tak hormat kepada suami, jauh sekali nak berterima kasih. Senang cerita, tak pernah puas dengan apa yang disediakan oleh suami. Ada je yang tak cukup.
2. Al-Manaanah: wanita yang suka mengungkit.
Suka sangat mengungkit apa yang pernah dibuat atau diberikan kepada suami. Pernah pinjamkan duit kepada suami sebanyak RM100, RM100 tulah yang diungkit sampai bertahun-tahun. Pernah tolong hantarkan adik ipar ke universiti, yang sekali tulah diungkit-ungkit.
3. Al -Hunaanah: wanita yang suka mengingati bekas kekasih atau bekas suami.
Wanita Al-Hunaanah selalu mengingati lelaki lain & membandingkan suami dengan lelaki tersebut.
Ingat! Haram hukumnya mencintai lelaki lain selain suami kita sendiri. Jangan dilihat pada keburukan suami, carilah kebaikan dalam dirinya & lupakan lelaki lain.
4. Al- Hudaaqah: wanita yang suka memaksa.
Kalau nakkan sesuatu, dia nak jugak. Tak kiralah apa pun, yang penting dapat apa yang dia nak. Sampai paksa suami untuk belikan. Kalau tak beli, dia akan merajuk & ugut yang bukan-bukan. Semoga kita tak termasuk dalam golongan ni.
5. Al -Hulaaqah: wanita yang suka berhias di hadapan lelaki lain.
Ingatlah bahawa kecantikan seorang isteri hanyalah untuk tatapan suami. Berhiaslah secantiknya semasa suami berada di rumah. Pakai baju cantik, dandan diri, pakai minyak wangi. Bukannya berhias waktu nak keluar rumah.
6. As-Salaaqah: Wanita yang banyak bercakap merepek, mengarut & bergosip.
Siang malam dok bergosip kat facebook, whatsapp, telegram bagai. Kalau tak bergosip, dia dok sembang benda mengarut, mengumpat & merepek yang takde faedah. Bukannya nak habiskan masa untuk mengaji, berzikir, berselawat.
Jadi macam mana, ada terasa ke? Kalau ada yang terkena kat batang hidung sendiri, jom kita baiki diri supaya jadi wanita solehah yang menjadi dambaan setiap suami.
0 comments:
Post a Comment