Showing posts with label Wanita Solehah. Show all posts
Showing posts with label Wanita Solehah. Show all posts

Monday, 7 December 2015

Hukum Melukis Inai Di Tangan Dalam Islam


Sekarang dah jadi trend untuk pengantin melukis inai di tangan. Corak yang menjadi feveret ialah awan larat & tumbuh-tumbuhan seperti paku-pakis. Sememangnya lukisan inai tersebut akan menaikkan seri & menjadikan pengantin nampak semakin manis.

Tapi, apakah hukum melukis inai di tangan dalam islam?

Bolehkah? Haruskah? Atau jatuh dalam kategori haram?

Jom baca penjelasan berikut:


Sekarang, kita dah tahu! Sama-sama kita perbaiki diri & menjadi wanita solehah yang berbahagia di dunia & akhirat.

Tuesday, 1 December 2015

Sayang Pahala? Jangan Mengumpat


Mengumpat adalah antara aktiviti yang paling seronok bagi kaum wanita, terutamanya.

Apa taknya, bercakap pasal keburukan orang. Mau tak best? Lepas satu, satu keburukan orang tu keluar. Berkat hasutan syaitan yang sama-sama join kita mengumpat.

Kalau zaman dulu, semua ahli kena berkumpul kat satu tempat untuk mengumpat. Biasanya kalau nak mengumpat kena berkumpul kat pantry pejabat, atau melepak kat bilik kawan. Kalau kat kampung atau taman perumahan, petang-petang melepak kat halaman rumah bawah pokok. Ambik angin sambil mengumpat. 

Sekarang dah moden. Sorang kat Malaysia, sorang kat Amerika Selatan pun masih boleh join sesi mengumpat. Kan ada group whatsapp, telegram. malah kat wall facebook pun boleh mengumpat.

Antara fitnah akhir zaman.

Jom sayangi pahala masing-masing. Penat solat tahajud tunggang-terbalik tengah malam. Puasa sunat setiap isnin & khamis. Mulut zikir tak henti-henti. Tutup aurat dengan sempurna. Solat awal waktu. Tapi apa gunaya kalau akhirnya kita bagi free kat orang lain.

Jom perbaiki diri. Say no to MENGUMPAT.


Kisah Lelaki Dan Aurat Wanita


Kita orang perempuan selalu terlupa bahawa orang lelaki tak sama macam kita.

Mata orang lelaki ni hebat. Bila pandang sesuatu benda, dorang boleh scan tembus ke dalam & imagine macam mana rupa benda kat dalam tu.

Sebagai contoh:

Kalau dia ternampak perempuan pakai baju ketat, dia boleh imagine macam mana keadaaan tubuh badan yang terbungkus dalam sarung nangka tu. Macam mana buah dada jadi terpenyek, dan boleh anggar bra saiz berapa perempuan tu pakai.

Kalau dia ternampak perempuan pakai jubah ketat nampak alur seluar dalam, bentuk peha, dan sekali imbas watu berjalan nampak bayang-bayang bentuk kemaluan, dia dah boleh imagine macam mana tubuh badan perempuan tu kalau tak berpakaian.

Kalau ternampak perempuan duduk tak senonoh, contohnya mengangkang.... mata dia tembus seluar yang dipakai. Boleh nampak dengan jelas apa yang ada kat celah kangkang tu.

Ada orang perempuan yang tak percaya? Terpulanglah. Tapi ini kebenaran.

Memang dalam islam lelaki dituntut supaya menundukkan pandangan. Jaga pandangan. Tapi dengan persekitaran kita sekarang,sana sini perempuan seksi. Bersepah. Nak suruh orang lelaki tunduk macam mana lagi? Nak suruh dorang  jalan pandang lantai, jangan angkat muka langsung?

Nak suruh dorang jalan sambil tutup mata, kalau terlanggar dinding kira nasiblah?

Suami saya sampai deactivate facebook sebab tak larat nak jaga mata. Dah la keluar dari rumah asyik kena jaga pandangan untuk elakkan ternampak aurat perempuan lain, balik rumah bila online pun sama. Akhirnya sekarang suami saya dah takde facebook. Sampai tahap macam tu sebab nak menjaga pandangan.

Tak patut macam tu kan? Kesian kat orang lelaki.

Tahukah anda bahawa "Islam itu indah"? Sebab tu dalam Al-Quran, perempuan juga dituntut supaya menutup aurat dengan sempurna. Adil. Fair & square. Yang perempuan tutup aurat dengan sempurna, yang lelaki tundukkan pandangan. Dua-dua mainkan peranan.

Insya ALLAH, dunia akan menjadi aman. Setuju tak?

Jom sama-sama perbaiki diri supaya menjadi wanita solehah yang hebat!


Wednesday, 18 November 2015

Ciri-ciri Wanita Tidak Solehah & Tidak Sesuai Dijadikan Sebagai Isteri


Ngeri rasa bila saya terjumpa senarai ni.

Ciri-ciri wanita tidak solehah & tidak sesuai dijadikan sebagai isteri.

Jom pastikan ciri-ciri ni takde dalam diri kita. Nauzubillahiminzalik.

1. Al -Anaanah: wanita yang suka mengeluh.
Wanita yang tak pernah cukup dengan apa yang ada. Diberi rumah tak cukup besar, dah ada kereta nak yang lagi mewah & bergaya. Tak pernah nak bersyukur dan tak tau menghargai apa yang diberikan oleh suami. Asyik nak ikut nafsu & keinginan dia je, tanpa ambik peduli perasaan suami. Tak hormat kepada suami, jauh sekali nak berterima kasih. Senang cerita, tak pernah puas dengan apa yang disediakan oleh suami. Ada je yang tak cukup.

2. Al-Manaanah: wanita yang suka mengungkit.
Suka sangat mengungkit apa yang pernah dibuat atau diberikan kepada suami. Pernah pinjamkan duit kepada suami sebanyak RM100, RM100 tulah yang diungkit sampai bertahun-tahun. Pernah tolong hantarkan adik ipar ke universiti, yang sekali tulah diungkit-ungkit.

3. Al -Hunaanah: wanita yang suka mengingati bekas kekasih atau bekas suami. 
Wanita Al-Hunaanah selalu mengingati lelaki lain & membandingkan suami dengan lelaki tersebut. 
4. Al- Hudaaqah: wanita yang suka memaksa.
Kalau nakkan sesuatu, dia nak jugak. Tak kiralah apa pun, yang penting dapat apa yang dia nak. Sampai paksa suami  untuk belikan. Kalau tak beli, dia akan merajuk & ugut yang bukan-bukan. Semoga kita tak termasuk dalam golongan ni.

5. Al -Hulaaqah: wanita yang suka berhias di hadapan lelaki lain.
Ingatlah bahawa kecantikan seorang isteri hanyalah untuk tatapan suami. Berhiaslah secantiknya semasa suami berada di rumah. Pakai baju cantik, dandan diri, pakai minyak wangi. Bukannya berhias waktu nak keluar rumah.

6. As-Salaaqah: Wanita yang banyak bercakap merepek, mengarut & bergosip.
Siang malam dok bergosip kat facebook, whatsapp, telegram bagai. Kalau tak bergosip, dia dok sembang benda mengarut, mengumpat & merepek yang takde faedah. Bukannya nak habiskan masa untuk mengaji, berzikir, berselawat.

Jadi macam mana, ada terasa ke? Kalau ada yang terkena kat batang hidung sendiri, jom kita baiki diri supaya jadi wanita solehah yang menjadi dambaan setiap suami.


Tips Kebahagiaan Wanita Solehah


Ada yang tak setuju dengan kata-kata ni?

Berburuk sangka akan menyebabkan hati kita tak tenang. Kalau hati tak tenang macam mana nak bahagia?

Hasad dengki akan menyebabkan kita sentiasa tak senang duduk. Ada je benda yang kita iri hati kat orang. Orang hidup bahagia, kita dengki. Orang gembira, kita sakit hati. Macam mana nak bahagia?

Marah. Asyik nak marah je. Sikit-sikit nak jadi singa betina. Tak aman hidup. Bukan hidup kita je tapi orang keliling pun terkena tempias.

Dendam. Sekali orang buat kat aku, sampai ke lubang kubur aku ingat. Aku takkan maafkan. Sesungguhnya dendam adalah perosak hati. Juga perosak kebahagiaan.

Nak bahagia? Jom perbaiki diri. Kita buang semua sikap buruk ni dari diri kita. Cuba jadi seorang yang sentiasa bersangka baik, mendoakan orang lain, memafkan, dan melupakan salah orang lain kepada kita. Amalkan doa hilangkan marah ni setiap hari, insya ALLAH akan nampak kesannya.

Jom, jadi wanita solehah yang bahagia!


Kata Sayang Kat Suami, Tapi Kenapa Tayang Aurat Kat Lelaki Lain?


Saya terjumpa kata-kata ni kat fb.

Bila baca, tersentak sampai ke ulu hati.

Betul sangat kan?

Bila sebut pasal poligami masing-masing naik angin. Tak sanggup berkongsi suami. Perempuan gila mana yang sanggup berkongsi kasih sayang dengan orang lain? Sedangkan ibu mertua sendiri pun ada yang jealous. Pendek kata, dalam banyak-banyak benda yang dihalalkan oleh Islam, poligami ni satu-satunya benda yang kita tak setuju. Poligami tak adil. Menindas hak wanita. Akan ditentang habis-habisan.  Kononnya lah.

Saya pun bila cakap pasal poligami ni, memang anti betullah ;)

Tapinya, dalam pada tu kita tak sedar pulak yang kita tak jaga hak suami sendiri. AURAT kita sepatutnya suami kita je yang boleh tengok. Dia je yang tau peha kita gebu, pinggang kita ramping macam kerengga, ketiak kita tak hitam.

Tapi apa yang biasa berlaku? Ramai isteri yang tak jaga aurat. Siap ada yang kata "saya belum ready nak tutup aurat".  Tak tutup aurat dengan betul. Pakai tudung pun berbonggol macam unta. Kesian kat suami, kan?

Kononnya sayang sangat sampai tak sanggup nak berkongsi dengan orang lain. Tapi yang sebenarnya tak sayang takat mana pun.

Jom perbaiki diri. Tutup aurat kita dengan sempurna. Kecantikan kita hanyalah untuk suami. Tutuplah aurat dengan sempurna, suami pasti akan semakin sayang kepada kita & lelaki lain pun akan menghormati kita.


Wednesday, 11 November 2015

Belum Ready Untuk Tutup Aurat? Baca Ni


Selalu kita dengar orang bagi alasan begini:

" Saya belum ready nak bertudung "

" Belum sampai seru "

" Hidayah belum sampai "

" Saya belum terbuka hati nak bertudung "

" Perempuan yang bertudung tak semestinya baik. Saya kenal ramai perempuan bertudung yang lagi teruk daripada saya "

" Orang bertudung tak semestinya masuk syurga. Takde jaminan pun. Tak payahlah rasa diri tu baik sangat "

Dan macam-macam alasan lagi. 

Takpelah, ambil masa untuk berubah. Sikit demi sedikit ikut selesa masing-masing.

Cuma.... kalau ditakdirkan ALLAH cabut nyawa kita sebelum sempat tutup aurat dengan sempurna & bertaubat, macam mana?

Apa alasan kita nak bagi kat Malaikat Mungkar & Nangkir nanti?

Monday, 2 November 2015

Wanita Solehah Ketua Bidadari Di Syurga


Pada saya, hadith ni indah sangat.

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Betapa mulianya wanita didalam islam.

Wanita solehah akan menjadi saham akhirat ibu bapa & suami.

Malah isteri solehah akan menjadi ketua bidadari untuk suaminya di syurga nanti. 

Apa yang dimaksudkan dengan wanita solehah?

Solehahnya wanita apabila taatnya pada Allah melebihi taatnya pada hamba Allah.

Solehahnya wanita apabila cintanya pada Allah melebihi kecintaanya pada dunia.

Solehahnya wanita apabila ibadahnya,tawadhuknya benar-benar hanya untuk Allah dan bekalan hari Akhirat.


Itulah wanita solehah di sisi Allah. 

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad) 

Daripada hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa wanita yang menjaga amal ibadah dan dekat dengan Tuhan yakni melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya, itulah wanita solehah. Wanita solehah dijanjikan syurga. Malah boleh memilih untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu sekalipun. Hebat janji Allah pada wanita yang taat pada Allah. 

Solehahnya wanita itu apabila wanita tersebut memenuhi 2 syarat ini, iaitu:
1. Taat kepada ALLAH & Rasul
2. Taat kepada suami.

Ketaatan pada Allah, itulah hakikat sebenar solehah. Ketaatan pada Pencipta. Bagaimana seorang wanita itu menjaga hatinya daripada sifat-sifat tercela. Ramai orang boleh menjadi hipokrit di hadapan manusia. Memakai jubah, memakai tudung labuh, sopan santun, lemah lembut, tapi dalam hati, hanya Allah yang boleh menilainya. Maka, sebenar-benar solehah itu adalah pada nilaian Allah. Menjaga hati daripada perkara-perkara mazmumah. Tidak ada sifat dengki. Penuh dengan kasih sayang dan sifat suka membantu. Di dalam hatinya tidak ada sifat benci pada manusia. Tidak ada sifat riya' dengan kebaikan yang dia ada. Itulah wanita yang benar solehah.

"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Tanpa keimanan kepada Allah, pasti sopan santun itu tidak bermakna dan tidak ada nilainya disisi Yang Mulia Pencipta. Ramai orang mampu untuk menjadi solehah, mendapat gelaran solehah di depan manusia, tapi sejauhmana solehahnya kita dihadapan Allah. Itulah sebenar-benar nilaian solehah. Bukan apa yang manusia lihat, tapi apa yang Allah nilai dan lihat. 

Best kan dapat jadi ketua bidadari kat syurga? Apa lagi. Jom upgrade diri supaya menjadi wanita solehah.

Sunday, 1 November 2015

Selagi Boleh Sabar, Bersabarlah!


Hidup bermasyarakat memang tak mudah.

Hari ni orang sakitkan hati kita.

Esok orang aibkan kita.

Nanti-nanti ada pula yang jaja keburukan kita.

Tak boleh nak elak. Melainkan kalau kita duduk dalam gua, tak bercampur dengan orang.

Apa pun yang berlaku, bersabarlah.

Orang sakitkan hati kita, sabar!

Orang singgung perasaan kita, sabar!

Bila orang aibkan kita, sabar!

Bila orang cerita keburukan kita, sabar!

Bisik pada hati.

Pujuk perasaan.

Rayu pada emosi.

Mampu ke tidak, tetap kena sabar.

Bersabarlah! ALLAH akan naikkan darjat kita jauh lebih tinggi daripada mereka.

Jom kita jadi wanita solehah yang hebat!

Tutup Aurat Dengan Sempurna, Pasti Lelaki Akan Hormati Kita


Surah Al-Ahzab ayat 59 bercakap tentang hijab. 

Dan ayat ini juga menyentuh tentang menutup aurat dengan sempurna bagi wanita.

Bila memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna, ia akan menampakkan kehormatan kita sebagai wanita islam. Dan semestinya akan dapat mengelakkan gangguan seksual dari lelaki. 

Bayangkan anda seorang lelaki, bila nampak perempuan yang berpakaian sopan menutup aurat & bertudung menutup dada, nak mengorat pun rasa segan. Betul tak?

Apa dia aurat seorang wanita? 
Seluruh anggota badan kecuali muka & tapak tangan.

Apakah hijab yang betul menurut syariat?
Menutup semua rambut & leher. Labuh menutup dada. Tidak jarang. Tidak memakai sanggul tinggi hingga berbonggol seperti unta.

Jom baiki pakaian kita.

ALLAH Tak Pandang Paras Rupa Kita


Hari ni ada seorang kenalan facebook mesej saya. Beliau seorang gadis pertengahan 30-an yang belum berumah tangga. Biasanya orang kita gelar "Anak Dara Tua".

Panjang lebar luahan hati beliau. Tentang perasaan cemburu kepada kawan-kawan yang dah berkeluarga. Cemuhan ahli keluarga & sanak-saudara. Paling menyakitkan bila dihina lelaki kerana rupa paras beliau yang gelap, rendah, dan agak gempal. Katanya dalam banyak dugaan yang dialami, hinaan ke atas paras rupa & fizikal beliau adalah yang paling menyakitkan.

Saya pun terkelu, tak tahu apa jawapan yang sesuai untuk menghiburkan hati beliau.

Orangnya baik sangat. Sepanjang saya kenali beliau, wall facebook sentiasa dipenuhi dengan perkara positif & perkongsian ilmu agama. Mungkin beliau kurang dari segi kecantikan fizikal. Tapi hati & akhlak beliau sangat cantik.

Kepada beliau, jom hayati kisah Siti Hajar. Seorang hamba sahaya yang tak punya kecantikan fizikal, tapi dipandang mulia di sisi ALLAH.

Siti Hajar asalnya cuma seorang hamba sahaya. Sudahlah hina, hitam pulak tu. Senang kata tak cantik mana pun. Tetapi dia cerdas, berakhlak mulia, dan wanita yang kuat dari segi mental. Dia dinikahi oleh Nabi Ibrahim A.S & melahirkan seorang nabi mulia bernama Nabi Ismail. Mulianya Siti Hajar di sisi ALLAH.

Percayalah! ALLAH tak pandang pun rupa paras kita. Tak guna pun kalau rupa kita cantik tapi hidup jauh tersasar dari landasan islam. Biarlah kita tak cantik di dunia, yang penting dapat jadi bidadari syurga. Hidup yang kekal abadi.

Semoga dapat mengubat hati beliau yang sedang lara.

Thursday, 29 October 2015

Haram Hukumnya Menyimpan Perasaan Kepada Lelaki Lain, Selain Daripada Suami


Dunia dah moden. Manusia pun semakin moden.

Dengan adanya media sosial seperti facebook, whatsapp, wechat, dan sebagainya, makin mudah para isteri berhubung dengan lelaki lain.

Tak ada masalah, asalkan isteri tahu batasan. Sentiasa ingat status ISTERI yang dipegang.

Jangan sampai timbul perasaan bahawa lelaki lain lebih baik dari suami sendiri, dan menyimpan perasaan kepadanya. Nauzubillahiminzalik. Semoga kita tak jadi isteri macam tu.

HARAM hukumnya. Ingat ye!


Monday, 26 October 2015

Usah Sibuk Mencari Salah Orang Lain


Manusia, memang ada banyak kelemahan.

Di antaranya ialah suka sangat mencari kesalahan orang lain.

Bila dah nampak salah, rasa seronok nak sebarkan aib orang.

Medium paling mudah: facebook.

Jom sama-sama kita perbaiki diri.

Bak kata Imam As-Syafie:
Orang yang bijak akan lebih risaukan dosa-dosanya daripada sibuk mencari salah orang lain.

Semoga bermanfaat!

Tuesday, 20 October 2015

Syurga Atau Neraka, Mana Satu Pilihan Kita?


Saya manusia biasa yang banyak dosa. Pendek kata, memang tak layak masuk syurga. 

Bila terjumpa kata-kata ni, rasa tersentak hingga ke hulu hati.

Syurga atau neraka, semuanya di tangan kita. Terpulang kepada kita nak pilih yang mana.

Nak jadi ahli syurga susah sangat, tapi kat sana nanti hidup kita bahagia tak terkata.

Nak jadi ahli neraka senang sangat-sangat, tapi azabnya nanti? Sanggup ke nak hadap?

Muhasabah diri. Pesanan untuk diri saya sendiri.

Mana satu yang kita nak? Syurga atau neraka?

Wake up Cik Puan Nurul!


Monday, 19 October 2015

Jangan Dilihat Pada Kekurangan Suami, Carilah Kebaikan Dalam Dirinya



Tadi saya terjumpa satu komen di facebook. Komen yang membuka aib suami sendiri.

Sedihnya rasa.

Wahai isteri, jagalah aib suami. Betul. Suami kita tak sempurna. Ada banyak kekurangan.

Tapi jangan dilihat pada semua kekurangan yang ada dalam dirinya. Makin dilihat, makin banyak kekurangan yang akan muncul.

Sebaiknya carilah kebaikan dalam diri suami kita. Semua kebaikan yang pernah membuatkan kita jatuh cinta dengannya pada satu masa dahulu.

Insya ALLAH kalau kebaikan yang dicari, kebaikanlah yang akan makin terserlah.

Sebaliknya kalau kita sengaja mencari keburukan suami, makin lama suami akan kelihatan makin buruk di mata kita.

Nauzubilllahiminzalik.

Semoga kita sentiasa berbahagia bersama suami tercinta.

Thursday, 15 October 2015

Redha, Tak Mudah Tapi Ianya Tak Mustahil


Saya  diuji lagi. 

Sakitnya lahai bila kehilangan benda yang kita sayang.

Sakit sebab selama ni saya ingat benda ni saya yang punya. Terlupa sebenarnya segala harta kita kat dunia adalah PINJAMAN ALLAH semata-mata. 

ALLAH bagi kita pinjam sekejap je. Bila-bila masa boleh diambil balik.

Hari ni saya belajar satu lagi konsep Redha.

Terima kasih Ya ALLAH.... kerana mengajar saya sesuatu yang baru.

REDHA. Tak mudah tapi ianya tak mutahil :)

Nak jadi wanita hebat, mestilah sentiasa Redha dengan ketentuannya.


Senangnya Nak Dapat Pahala


Dalam Islam, ada bermacam cara mudah untuk dapat pahala.

Senyum kat orang dapat pahala.

Memaafkan orang dapat pahala.

Memasak untuk keluarga dapat pahala.

Waktu memandu, bagi laluan kat orang jalan kaki dapat pahala.

Pendek kata apa sahaja benda yang baik & bermanfaat untuk orang lain yang kita buat akan dibalas dengan pahala. 

Tapi ramai yang tak perasan bahawa mengajak  orang ke arah kebaikan pun dapat pahala. Caranya mudah je:

Kat facebook, daripada post status pasal gosip artis atau sebarkan berita yang belum tentu sahih, mahu pun mengutuk orang, lebih baik kita share post mengajak orang ke arah kebaikan.

Senang sangat kan? Jom kita berubah. Bermula dari sekarang! :)

Pesan Pada Hati


Hati. Baik buruk diri kita semuanya berpunca dari hati. Kalau hati kita bersih, maka eloklah akhlak & peribadi kita. Kalau hati kita hitam & penuh noda?

Selalulah berpesan kepada hati supaya:

Jangan meninggi diri.

Jangan sombong.

Jangan pandang rendah pada orang lain.

Jangan rasa diri sudah hebat,

Jangan rasa diri semakin muda.

Jangan lupa satu hari nanti kita semua akan mati.

Jaga hati. Hiasa peribadi. Pesanan untuk diri saya sendiri.

Wednesday, 14 October 2015

Berselfie Tak Salah Tapi Biarlah Berpada


Maafkan saya kalau ada yang terasa dengan kata-kata saya ni. Takde niat nak menyindir sesiapa, sekadar peringatan untuk diri sendiri yang banyak kekurangan ini.

Tak salah berselfie. Cuma CARA tak berapa betul. Di antaranya:

1. Tak menutup aurat dengan sempurna. Kalau 10 mata lelaki ajnabi memandang, 10 saham kita dapat. Kalau 1000 mata? Bayangkan kalau 10,000 mata? Kalau masih anak dara, ayah kesayangan kita akan dapat saham sekali. Kalau dah berkahwin, suami tercinta pun ikut dapat saham.
* Lelaki ajnabi: lelaki yang bukan mahram.

2. Aksi manja & menggoda. Kadang-kadang aurat dah tertutup dengan sempurna, tapi aksi pulak tak berapa sesuai. Senyum meleret sambil menjeling kamera, buat duckface, buat pipi tembam, sengaja bulatkan mata, kenyit mata. Tok imam tengok pun boleh tercabut kopiah.  Ada juga golongan Niqabis yang menghias mata secara berlebihan. Seperti taknak dilihat, tapi sebenarnya mahu dilihat.

3. Terlalu kerap berselfie. Sekali-sekala tak mengapa. Tapi kalau setiap jam upload gambar selfie, dah boleh dikategorikan sebagai ketagih. Tak sihat. Boleh cuba untuk kurangkan.

Kita jaga adab berselfie sebab sayangkan suami. Jangan sampai orang kata suami dayus kerana membiarkan kecantikan isteri dinikmati lelaki lain. Ingat! Kecantikan isteri adalah untuk tontonan suami sahaja. Hak milik ekslusif suami. Bukan untuk dikongsi dengan lelaki lain.

Orang lelaki ni lain macam sikit. Daya imaginasi kuat & mudah terangsang. Orang yang betutup-litup pun dorang boleh imagine yang bukan-bukan, inikan pula kalau kita berselfie dengan ciri-ciri yang saya nyatakan diatas. Jangan sampai gambar kita dijadikan sebagai modal untuk lelaki lain berfantasi.

Sama-sama kita perbaiki diri.


Monday, 5 October 2015

Nabi Kata Kalau Marah, Diam!


Selalu bila marah apa yang korang buat? 

Mengamuk? Menjerit? Menangis? Marah semua orang? Takde mood? Asingkan diri? Buat muka ketat?

Kalau saya, ikut keadaan. Kalau marah kat suami, saya akan senyap. Tak jawab call, tak balas sms (sila jangan tiru ;p)

Kalau marah kat orang lain, suami lah tempat saya lepaskan perasaan. Lepas tu lega sikit.

Kadang-kadang tertulis kat facebook. <---- Ok yang ni memang paling tak patut dibuat.

Nak tau apa yang Nabi ajar bila marah?

”Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring” (HR Ahmad & Abu Daud)

"Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk” (HR Ahmad & Abu Daud)

”Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam." Nabi saw mengulangi ucapannya 3 kali. (HR Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)




So lepas ni kalau marah dah tau apa nak buat, kan? Semoga kita semua menjadi wanita solehah yang mampu diam bila marah.

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...