Pada saya, hadith ni indah sangat.
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Betapa mulianya wanita didalam islam.
Wanita solehah akan menjadi saham akhirat ibu bapa & suami.
Malah isteri solehah akan menjadi ketua bidadari untuk suaminya di syurga nanti.
Apa yang dimaksudkan dengan wanita solehah?
Solehahnya wanita apabila taatnya pada Allah melebihi taatnya pada hamba Allah.
Solehahnya wanita apabila cintanya pada Allah melebihi kecintaanya pada dunia.
Solehahnya wanita apabila ibadahnya,tawadhuknya benar-benar hanya untuk Allah dan bekalan hari Akhirat.
Itulah wanita solehah di sisi Allah.
Solehahnya wanita apabila cintanya pada Allah melebihi kecintaanya pada dunia.
Solehahnya wanita apabila ibadahnya,tawadhuknya benar-benar hanya untuk Allah dan bekalan hari Akhirat.
Itulah wanita solehah di sisi Allah.
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)
Daripada hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa wanita yang menjaga amal ibadah dan dekat dengan Tuhan yakni melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya, itulah wanita solehah. Wanita solehah dijanjikan syurga. Malah boleh memilih untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu sekalipun. Hebat janji Allah pada wanita yang taat pada Allah.
Solehahnya wanita itu apabila wanita tersebut memenuhi 2 syarat ini, iaitu:
1. Taat kepada ALLAH & Rasul
2. Taat kepada suami.
Ketaatan pada Allah, itulah hakikat sebenar solehah. Ketaatan pada Pencipta. Bagaimana seorang wanita itu menjaga hatinya daripada sifat-sifat tercela. Ramai orang boleh menjadi hipokrit di hadapan manusia. Memakai jubah, memakai tudung labuh, sopan santun, lemah lembut, tapi dalam hati, hanya Allah yang boleh menilainya. Maka, sebenar-benar solehah itu adalah pada nilaian Allah. Menjaga hati daripada perkara-perkara mazmumah. Tidak ada sifat dengki. Penuh dengan kasih sayang dan sifat suka membantu. Di dalam hatinya tidak ada sifat benci pada manusia. Tidak ada sifat riya' dengan kebaikan yang dia ada. Itulah wanita yang benar solehah.
"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)
Tanpa keimanan kepada Allah, pasti sopan santun itu tidak bermakna dan tidak ada nilainya disisi Yang Mulia Pencipta. Ramai orang mampu untuk menjadi solehah, mendapat gelaran solehah di depan manusia, tapi sejauhmana solehahnya kita dihadapan Allah. Itulah sebenar-benar nilaian solehah. Bukan apa yang manusia lihat, tapi apa yang Allah nilai dan lihat.
Best kan dapat jadi ketua bidadari kat syurga? Apa lagi. Jom upgrade diri supaya menjadi wanita solehah.
0 comments:
Post a Comment