Showing posts with label Kekeluargaan. Show all posts
Showing posts with label Kekeluargaan. Show all posts

Thursday, 3 December 2015

Mendidik Anak Cara Nabi



Hari ni saya nak berceloteh tentang mendidik anak cara nabi sebagai panduan kita bersama. Mendidik anak cara nabi ada 3 peringkat :

1) Waktu bermain : umur 1 hingga 7 tahun
2) Waktu disiplin : umur 8 hingga 14 tahun
3) Waktu berkawan : umur 15 hingga 21 tahun

1) Waktu bermain : umur 1 hingga 7 tahun
Pada peringkat 1 kita bagi anak bermain. Ini adalah bonding time dengan anak-anak. Kita sebagai ibu bapa rapatkan diri dengan anak-anak supaya hubungan jadi erat. Ingatlah, anak kita kecil sekali je. Sekejap pulak tu. Sekelip mata dah besar. Pejam celik, pejam celik dah masuk darjah satu. Semasa peringkat ni, kalau nak belajar pun for fun & bersahaja, bukan paksa anak pandai segala benda.

Tapi masyarakat zaman kita ni anak baru 3 tahun dah dihantar ke tadika. Malah ada yang hantar anak pergi tuition. Nak yang the best. Berlumba-lumba nak anak bijak seawal yang mungkin. Umur sekian wajib pandai membaca. Umur sekian wajib hafal 10 surah. Umur sekian wajib pandai bercakap 3 bahasa.

2) Waktu disiplin : umur 8 hingga 14 tahun
Peringkat kedua sepatutnya kita bertegas disiplinkan anak-anak. Tapi biasanya waktu ni ada yang masih manjakan anak. Apa anak nak kita bagi. Nak handphone kita bagi, siap bagi yg canggih ada macam-macam application . Anak nak ada akaun facebook kita tolong create kan. Whatsapp, wechat, line, telegram semua anak kita ada. Berhubung dengan dunia luar tanpa batasan. Apa anak nak semua bagi. Disiplin? Tolak tepi.

Sepatutnya waktu ni kita disiplinkan anak, bukannya mengikut kehendak anak.

3) Waktu berkawan : umur 15 hingga 21 tahun
Peringkat ketiga sepatutnya kita layan anak sebagai kawan. Pastikan anak rapat dengan kita, habiskan masa dengan kita, berkongsi rasa dengan kita. Pendek kata, kita sebagai ibu bapa adalah bestfriend anak-anak.Tapi apa yang jadi? Waktu ni anak lagi rapat dengan kawan-kawan. Kawan jadi nombor 1 dalam hidup anak-anak. Waktu ni anak-anak dalam proses akil baligh & sangat fragile. Mudah memberontak. Mudah terpengaruh. Macam yang kita alami dulu. Itulah sebabnya kita kena rapat dan sentiasa ada dengan anak pada peringkat ni.

Selepas umur 21? Anak kita boleh dianggap sebagai dewasa. Insya ALLAH, berkat didikan kita selama 21 tahun... anak kita dah pandai menilai mana yang baik, mana yang buruk. Dah tau bawa diri & membuat keputusan. Kita sebagai ibu bapa menjadi pemerhati, bagi panduan , bagi nasihat bila diminta & menegur kalau perlu.

Nabi dah bagi garis panduan cara didik anak, tapi tak ramai yang nak ikut. Ramai ibu bapa yang memilih untuk ikut cara moden. Nanti bila dah besar anak takde akhlak macam nabi mulalah kita bertanya kepada diri sendiri " Apa salah aku dalam mendidik anak? " Padahal guideline nabi kita taknak ikut.

Peringatan untuk diri sendiri. Parenting is not easy. Masih jauh perjalanan dalam mendidik anak-anak. Semoga kita dapat berikan didikan terbaik untuk anak-anak.


Wednesday, 4 November 2015

Hargailah Hari Ini Kerana Ianya Tak Mungkin Akan Berulang.


Ibu bapa kita cuma hidup sekali sahaja. Apabila mereka meninggal dunia, menangis air mata darah sekali pun, mereka takkan hidup kembali. Berbaktilah kepada keduanya selagi mereka masih hidup.

Seperti ibu bapa, suami juga akan pergi meninggalkan kita suatu hati nanti. Walau sekuat mana ikatan kasih sayang antara kita & suami, tiada apa pun di dunia ini yang dapat mengelakkan kematian. Oleh itu, gunakan masa yang kita ada sekarang untuk menikmati hidup bersama suami. Sama-sama menyulam cinta & mengumpul pahala agar dapat kembali bersama di syurga nanti.

Zaman kanak-kanak anak kita cuma sekali, apabila mereka sudah mula meningkat remaja pasti kita akan merindui bau manis mereka & keletah comel yang mencuri hati. Peluk ciumlah anak-anak, dan luangkan sebanyak masa yang termampu bersama mereka. Jangan lupa beri didikan agama kerana anak adalah saham kita di akhirat kelak. Malah selepas kita meninggal dunia, insya ALLAH doa anak yang soleh tidak akan putus sampai kepada kita.

Hargailah hari ini kerana ianya tidak mungkin akan berulang.





Saturday, 3 October 2015

Nakkan Anak Yang Soleh, Ibunya Pun Kenalah Jadi Wanita Solehah



 Semua ibu mengharapkan anak yang dilahirkan dari rahimnya menjadi anak soleh & solehah. 

Tapi kadang-kadang kita terlupa bahawa untuk mendapatkan anak yang soleh, kita sebagai ibu perlu menjadi wanita solehah terlebih dahulu. Kerana sebagai seorang ibu, kita adalah yang paling dekat dihati anak.

Tiap hari berdoa supaya anak menjaga solat tapi emaknya solat pun tak cukup 5 waktu sehari semalam. Kalau solat pun dah hujung-hujung waktu. Tergesa-gesa pulak tu. Sentap kan?

Berharap anak menjaga aurat tapi emaknya sendiri stokin kaki pun tak pakai. Tudung pendek tak tutup dada. 

Mendoakan anak menjaga batas pergaulan tapi emaknya berhuha dengan kawan lelaki macam tak tau batasan agama.

Peringatan untuk diri saya sendiri. Nakkan anak yang soleh & solehah? Ibunya pun kenalah jadi wanita solehah. Wajib. 

Tuesday, 29 September 2015

Ramai Suami Tak Sedar Dah Jatuhkan Talak Ke Atas Isteri

Biasa tak dengar suami orang dalam nada bergurau keluarkan ayat "Aku bujang"?

Ada. Saya pernah jumpa ayat ni dalam whatsapp group suami. 

Pernah juga jumpa kat komen-komen di facebook.

Mungkin ayat ni ditulis dengan niat bergurau tapi ketahuilah bahawa apabila suami sebut ayat tu, secara automatik Talak Kias berlaku. Scary kan?

Ada 3 cara Talak Kias boleh berlaku iaitu:

1. Suami mengaku bujang.
2. Suami berkata "Saya lepaskan awak"
3. Suami suruh isteri balik ke rumah emak sendiri & tak mahu lihat mukanya lagi.


Ilmu baru? Jom share dengan suami masing-masing supaya tak berlaku dalam rumah tangga kita. Nauzubillahiminzalik. 

5 Perkara Wajib Guna Duit Suami

Selama ni saya pun tak tahu pasal ni. 
Saya pasti kawan-kawan pun ramai yang tak tahu. 
Nak tahu apa dia 5 perkara tu?

1. Makan minum isteri.

2. Peralatan mandian.

3. Ubatan.

4. 2 persalinan pakaian baru setahun.

5. Rumah yang selesa dimana isteri tak perlu menutup aurat setiap masa.



Haaaaa... ramai yang baru tahu kan? Kalau dah tahu, apa lagi... bagitahu kepada suami. Sama-sama kita ingat-mengingatkan. Insya Allah bahagia hingga ke syurga. Aamiin.... :)

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...