Thursday, 3 December 2015

Mendidik Anak Cara Nabi



Hari ni saya nak berceloteh tentang mendidik anak cara nabi sebagai panduan kita bersama. Mendidik anak cara nabi ada 3 peringkat :

1) Waktu bermain : umur 1 hingga 7 tahun
2) Waktu disiplin : umur 8 hingga 14 tahun
3) Waktu berkawan : umur 15 hingga 21 tahun

1) Waktu bermain : umur 1 hingga 7 tahun
Pada peringkat 1 kita bagi anak bermain. Ini adalah bonding time dengan anak-anak. Kita sebagai ibu bapa rapatkan diri dengan anak-anak supaya hubungan jadi erat. Ingatlah, anak kita kecil sekali je. Sekejap pulak tu. Sekelip mata dah besar. Pejam celik, pejam celik dah masuk darjah satu. Semasa peringkat ni, kalau nak belajar pun for fun & bersahaja, bukan paksa anak pandai segala benda.

Tapi masyarakat zaman kita ni anak baru 3 tahun dah dihantar ke tadika. Malah ada yang hantar anak pergi tuition. Nak yang the best. Berlumba-lumba nak anak bijak seawal yang mungkin. Umur sekian wajib pandai membaca. Umur sekian wajib hafal 10 surah. Umur sekian wajib pandai bercakap 3 bahasa.

2) Waktu disiplin : umur 8 hingga 14 tahun
Peringkat kedua sepatutnya kita bertegas disiplinkan anak-anak. Tapi biasanya waktu ni ada yang masih manjakan anak. Apa anak nak kita bagi. Nak handphone kita bagi, siap bagi yg canggih ada macam-macam application . Anak nak ada akaun facebook kita tolong create kan. Whatsapp, wechat, line, telegram semua anak kita ada. Berhubung dengan dunia luar tanpa batasan. Apa anak nak semua bagi. Disiplin? Tolak tepi.

Sepatutnya waktu ni kita disiplinkan anak, bukannya mengikut kehendak anak.

3) Waktu berkawan : umur 15 hingga 21 tahun
Peringkat ketiga sepatutnya kita layan anak sebagai kawan. Pastikan anak rapat dengan kita, habiskan masa dengan kita, berkongsi rasa dengan kita. Pendek kata, kita sebagai ibu bapa adalah bestfriend anak-anak.Tapi apa yang jadi? Waktu ni anak lagi rapat dengan kawan-kawan. Kawan jadi nombor 1 dalam hidup anak-anak. Waktu ni anak-anak dalam proses akil baligh & sangat fragile. Mudah memberontak. Mudah terpengaruh. Macam yang kita alami dulu. Itulah sebabnya kita kena rapat dan sentiasa ada dengan anak pada peringkat ni.

Selepas umur 21? Anak kita boleh dianggap sebagai dewasa. Insya ALLAH, berkat didikan kita selama 21 tahun... anak kita dah pandai menilai mana yang baik, mana yang buruk. Dah tau bawa diri & membuat keputusan. Kita sebagai ibu bapa menjadi pemerhati, bagi panduan , bagi nasihat bila diminta & menegur kalau perlu.

Nabi dah bagi garis panduan cara didik anak, tapi tak ramai yang nak ikut. Ramai ibu bapa yang memilih untuk ikut cara moden. Nanti bila dah besar anak takde akhlak macam nabi mulalah kita bertanya kepada diri sendiri " Apa salah aku dalam mendidik anak? " Padahal guideline nabi kita taknak ikut.

Peringatan untuk diri sendiri. Parenting is not easy. Masih jauh perjalanan dalam mendidik anak-anak. Semoga kita dapat berikan didikan terbaik untuk anak-anak.


0 comments:

Post a Comment

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...