Showing posts with label Penyakit Hati. Show all posts
Showing posts with label Penyakit Hati. Show all posts

Monday, 7 December 2015

Jagalah Diri Sendiri, Usah Sibuk Dengan Urusan Orang Lain


Saya terjumpa kisah-kisah ini di facebook, menarik dan penuh dengan pengajaran.



Kisah Pertama : 
Seorang abang bertanya kepada adik perempuannya ketika melawat adiknya yang baru seminggu bersalin. "Hadiah apa yang diberikan oleh suamimu setelah engkau melahirkan bayi untuknya?" "Tidak ada." Jawabnya ringkas. Abangnya berkata lagi, "Mana mungkin, adakah engkau tidak berharga di sisinya? Aku sendiri kerap memberikan hadiah untuk isteriku walau tiada alasan yang istimewa."

Petang itu, ketika suaminya penat pulang dari bekerja, isterinya sedang merajuk. Mereka berdua mula bertengkar. Selang beberapa bulan kemudian, suami dan isteri ini bercerai. Apakah punca masalah rumahtangga mereka? Dari soalan seorang abang yang terlalu mengambil tahu tentang rumah tangga orang lain.
Kisah kedua : 
Seorang ibu mertua bertanyakan soalan tentang keselesaan rumah anak menantunya. "Kamu tak rasa rumah kamu ini terlalu sempit? Bukankah anak-anak kamu sudah ramai?”
''Berapa gaji kamu suami isteri sebulan?" Menantunya menjawab, "RM3500" "Hanya RM3500? Terlalu sedikit majikan kamu menghargai dirimu. Adakah cukup untuk memenuhi keperluan hidup kamu? "

Rumah yang tadinya terasa lapang, mula dirasa sempit oleh penghuninya. Ketenangan yang dulu ada, juga turut menghilang. Tak lama kemudian, keluarga ini mula tersepit dengan hutang kerana mencuba membeli rumah yang lebih besar dengan berhutang diluar kemampuan kewangan keluarganya. 

 Kisah ketiga : 
Seseorang bertanya kepada makcik tua. "Berapa kali anak-anak makcik datang mengunjungi makcik dalam sebulan? " Makcik itu menjawab, "Sebulan hanya sekali." Si penanya menempelak, "Wah teruk betul anak-anak makcik. Di usia makcik sebegini, sepatutnya mereka mengunjungi makcik dengan lebih kerap lagi." Hati si makcik menjadi sedih. Sedangkan selama ni makcik itu memahami kesibukan anak-anaknya. Makcik tadi mula menangis. Ini memburukkan kesihatan tubuhnya.

Apakah yang kita dapat dari bertanya soalan-soalan di atas? Jagalah diri kita sendiri. Usah sibuk dengan urusan orang lain. Sebab kita tak tahu, soalan yang kita anggap simple, boleh merosakkan hidup orang lain.

Wednesday, 18 November 2015

Tips Kebahagiaan Wanita Solehah


Ada yang tak setuju dengan kata-kata ni?

Berburuk sangka akan menyebabkan hati kita tak tenang. Kalau hati tak tenang macam mana nak bahagia?

Hasad dengki akan menyebabkan kita sentiasa tak senang duduk. Ada je benda yang kita iri hati kat orang. Orang hidup bahagia, kita dengki. Orang gembira, kita sakit hati. Macam mana nak bahagia?

Marah. Asyik nak marah je. Sikit-sikit nak jadi singa betina. Tak aman hidup. Bukan hidup kita je tapi orang keliling pun terkena tempias.

Dendam. Sekali orang buat kat aku, sampai ke lubang kubur aku ingat. Aku takkan maafkan. Sesungguhnya dendam adalah perosak hati. Juga perosak kebahagiaan.

Nak bahagia? Jom perbaiki diri. Kita buang semua sikap buruk ni dari diri kita. Cuba jadi seorang yang sentiasa bersangka baik, mendoakan orang lain, memafkan, dan melupakan salah orang lain kepada kita. Amalkan doa hilangkan marah ni setiap hari, insya ALLAH akan nampak kesannya.

Jom, jadi wanita solehah yang bahagia!


Sunday, 25 October 2015

Lagi Kisah Riak Difacebook


Biasa kita jumpa status pasal riak anak, riak harta, riak jalan-jalan oversea kat facebook. Pendek kata macam-macam benda boleh jadi punca disangka riak.

Manusia. Kita tak boleh nak kawal apa yang orang fikir pasal kita. Apa yang penting, macam mana kita hadap benda tu. Orang kata kita riak, kita nak berhenti post kat fb sebab takut dilabel atau kita teruskan post dengan happy sebab kita tahu, dalam hati kita takde secebis pun rasa riak. Buatlah apa-apa pun, asalkan bahagia :)

Hari ni saya nak berbicara pasal riak ibadah. Biasa isu  ni timbul bulan puasa di mana akan banyak status:

Done Terawikh.

Check in masjid.

Done Tadarus.

Alhamdulillah berjaya khatam Al-Quran sebelum habis Ramadhan.

Dan macan-macam lagi. Seperti biasa, akan ada yang kurang senang dengan status jenis macam ni & melabel tuan punya status sebagai riak.

Jadi, macam mana? Salah ke kalau post macam ni kat fb? Jawapannya... kita rujuk Hadith berikut:

"Barangsiapa memperdengarkan amalnya kepada orang lain (agar orang tahu amalnya), maka Allah akan menyiarkan aibnya di telinga-telinga hambaNya, Allah rendahkan dia dan menghinakannya". (HR. Thabrani, Baihaqi dan Ahmad)

“Mahukah kamu kuberitahu tentang sesuatu yang menurutku lebih aku khuwatirkan terhadap kalian daripada (fitnah) Al Masih Al Dajjal? Para sahabat berkata, “Tentu sekali”. Beliau bersabda, “Syirik khafi (yang tersembunyi), iaitu ketika sesorang berdiri mengerjakan solat, dia perbagus solatnya kerana mengetahui ada orang lain yang memperhatikannya “ (HR. Ahmad. Dihasankan oleh al-Albani)

Oleh itu, biarlah ibadahmu menjadi rahsiamu seperti mana kamu merahsiakan dosamu. Tepuk dada, tanya iman. Sama-sama kita perbaiki diri.

Semoga bermanfaat!


Thursday, 15 October 2015

Pesan Pada Hati


Hati. Baik buruk diri kita semuanya berpunca dari hati. Kalau hati kita bersih, maka eloklah akhlak & peribadi kita. Kalau hati kita hitam & penuh noda?

Selalulah berpesan kepada hati supaya:

Jangan meninggi diri.

Jangan sombong.

Jangan pandang rendah pada orang lain.

Jangan rasa diri sudah hebat,

Jangan rasa diri semakin muda.

Jangan lupa satu hari nanti kita semua akan mati.

Jaga hati. Hiasa peribadi. Pesanan untuk diri saya sendiri.

Wednesday, 14 October 2015

Cermin Diri


Percaya tak? Kalau kita selalu melihat keburukan orang lain, itu adalah cerminan hati kita. Hati yang tidak bersih akan sentiasa nampak keburukan orang.

Macam lalat. Pandang sudut mana pun nampak benda kotor, sampah-sarap. Sebab lalat sukakan kekotoran & sentiasa mencari benda kotor.

Oleh itu, kalau kita sentiasa nampak keburukan orang:

" Peah ni kuat merungut kat facebook. Sikit-sikit nak merungut. "

" Ahmad ni kan, asyik selfie je. Nampak sangat makan gaji buta. "

" Kak Jah ni.... dah tua buatlah cara tua, tak payah nak pakai baju ketat tayang body. "

" Eleh dia ni. Post benda islamik kat fb. Macam baik-baik je. "

" Tak habis-habis post gambar anak dia kat fb. Yelah...dia sorang je ada anak. Anak dialah yang paling bijak, paling comel, paling best kat dunia ni "

Maksudnya, hati kita yang tak bersih. 

Jom bersihkan hati. Taknak jadi macam lalat kan? 

Monday, 5 October 2015

Nabi Kata Kalau Marah, Diam!


Selalu bila marah apa yang korang buat? 

Mengamuk? Menjerit? Menangis? Marah semua orang? Takde mood? Asingkan diri? Buat muka ketat?

Kalau saya, ikut keadaan. Kalau marah kat suami, saya akan senyap. Tak jawab call, tak balas sms (sila jangan tiru ;p)

Kalau marah kat orang lain, suami lah tempat saya lepaskan perasaan. Lepas tu lega sikit.

Kadang-kadang tertulis kat facebook. <---- Ok yang ni memang paling tak patut dibuat.

Nak tau apa yang Nabi ajar bila marah?

”Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring” (HR Ahmad & Abu Daud)

"Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk” (HR Ahmad & Abu Daud)

”Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam." Nabi saw mengulangi ucapannya 3 kali. (HR Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)




So lepas ni kalau marah dah tau apa nak buat, kan? Semoga kita semua menjadi wanita solehah yang mampu diam bila marah.

Tuesday, 29 September 2015

Buruk Sangka: Penyakit Hati Yang Sukar Untuk Dibuang

Buruk sangka adalah antara benda yang paling susah saya nak elakkan. 

Suami sampai lambat, saya dah mula fikir perkara buruk macam accident :(

Kawan unfriend, saya ingatkan dia tak suka saya. Padahal anak dia yang tekan button unfriend.

Orang tulis status kat facebook, rasa macam tuju kat saya.

Allah.... susahnya nak hilangkan penyakit buruk sangka ni.


Ini antara amalan yang boleh kita amalkan untuk bersihkan hati dari berburuk sangka:
1. Solat diawal waktu
2. Banyakkan berzikir
3. Amalkan doa ini:
Ya Allah, pekak telingaku dari mendengar fitnah dan umpatan;
Ya Allah, bisukan mulut dan lidah ku dari mengumpat, memfitnah dan berkata yang sia-sia;
Ya Allah butakan mataku dari melihat perkara yang lagha dan sia-sia.
Ya Allah, bersihkan hatiku dari buruk sangka dan sifat mazmumah!

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...