Showing posts with label Bahagia. Show all posts
Showing posts with label Bahagia. Show all posts

Wednesday, 18 November 2015

Tips Kebahagiaan Wanita Solehah


Ada yang tak setuju dengan kata-kata ni?

Berburuk sangka akan menyebabkan hati kita tak tenang. Kalau hati tak tenang macam mana nak bahagia?

Hasad dengki akan menyebabkan kita sentiasa tak senang duduk. Ada je benda yang kita iri hati kat orang. Orang hidup bahagia, kita dengki. Orang gembira, kita sakit hati. Macam mana nak bahagia?

Marah. Asyik nak marah je. Sikit-sikit nak jadi singa betina. Tak aman hidup. Bukan hidup kita je tapi orang keliling pun terkena tempias.

Dendam. Sekali orang buat kat aku, sampai ke lubang kubur aku ingat. Aku takkan maafkan. Sesungguhnya dendam adalah perosak hati. Juga perosak kebahagiaan.

Nak bahagia? Jom perbaiki diri. Kita buang semua sikap buruk ni dari diri kita. Cuba jadi seorang yang sentiasa bersangka baik, mendoakan orang lain, memafkan, dan melupakan salah orang lain kepada kita. Amalkan doa hilangkan marah ni setiap hari, insya ALLAH akan nampak kesannya.

Jom, jadi wanita solehah yang bahagia!


Wednesday, 11 November 2015

Let It Go! Let It Go!


Let it go! Let it go!

Dah macam lagu Frozen kan?

Di sekeliling kita ada bermacam jenis manusia.

Ada yang positif. Alhamdulillah. Bukan senang nak dapat kawan macam ni. Jaga elok-elok.

Ada juga yang bawa aura negatif kepada kita.

Contohnya kat facebook. Bila status dia melintas je, rasa semacam. Rasa berbulu. Rasa tak best. Sampai satu tahap, nampak nama dia pun dah rasa dot dot dot.

Sampai bila kita nak rasa macam tu?

Kan best kalau kita lepaskan orang tu dari hidup kita. Kita lepaskan dia untuk rasa bahagia.

Macam mana nak lepaskan tu? Mudah je. Kita boleh pilih sama ada nak unfollow supaya status dia tak naik kat kita. Atau pun, boleh saja terus unfriend, kalau rasa tindakan kita itu betul.

Cuba buat, mesti akan rasa perbezaan.

Jom kita penuhkan hidup kita dengan aura positif. Aura negatif pergi main jauh jauh.



Wednesday, 4 November 2015

Hargailah Hari Ini Kerana Ianya Tak Mungkin Akan Berulang.


Ibu bapa kita cuma hidup sekali sahaja. Apabila mereka meninggal dunia, menangis air mata darah sekali pun, mereka takkan hidup kembali. Berbaktilah kepada keduanya selagi mereka masih hidup.

Seperti ibu bapa, suami juga akan pergi meninggalkan kita suatu hati nanti. Walau sekuat mana ikatan kasih sayang antara kita & suami, tiada apa pun di dunia ini yang dapat mengelakkan kematian. Oleh itu, gunakan masa yang kita ada sekarang untuk menikmati hidup bersama suami. Sama-sama menyulam cinta & mengumpul pahala agar dapat kembali bersama di syurga nanti.

Zaman kanak-kanak anak kita cuma sekali, apabila mereka sudah mula meningkat remaja pasti kita akan merindui bau manis mereka & keletah comel yang mencuri hati. Peluk ciumlah anak-anak, dan luangkan sebanyak masa yang termampu bersama mereka. Jangan lupa beri didikan agama kerana anak adalah saham kita di akhirat kelak. Malah selepas kita meninggal dunia, insya ALLAH doa anak yang soleh tidak akan putus sampai kepada kita.

Hargailah hari ini kerana ianya tidak mungkin akan berulang.





Kemaafan Kunci Ketenangan jiwa


Nak maafkan orang bukannya mudah. 

Lebih-lebih lagi kalau hati kita masih terluka, rasa macam berkecai terhempas ke batu. 

Atau pun hati kita masih sakit, rasa dikhianati. Rasa marah sangat-sangat.

Atau  rasa teraniaya oleh insan yang zalim.

Kemaafaan sememangnya mudah untuk disebut, tapi dalam hati takde siapa yang tahu. Bak kata orang, luka mungkin sembuh tapi parut akan sentiasa ada.

Malah mungkin kita boleh memafkan tapi tak mungkin dapat melupakan.

Itu normal. Tapi terfikir tak?

Kalau kita memaafkan orang, yang sebenarnya kita membantu diri sendiri untuk mendapat ketenangan & kebahagiaan.

Selagi kita tak maafkan seseorang, selagi tu kita akan sentiasa teringat apa yang dia pernah buat kat kita. Tiap kali teringat akan datang pelbagai perasaan. Marah, geram, sedih, sakit hati, kecewa, benci. Malah mungkin juga dendam?

Apabila kita memilih untuk memafkan, bermakna kita memilih untuk tenang & berasa bahagia. Kita dah taknak ingat apa benda yang dia pernah buat kat kita. Past is past.

Percayalah, kemaafan adalah kunci kepada ketenangan jiwa. Maafkan mereka yang pernah buat salah dengan kita. Doakan yang baik-baik untuk mereka. Pasti kita akan peroleh ketenangan.

Senyum! Tak Mau Muka Ketat Macam Tu


Macam mana hari ni? Ok ke?

Ketat je muka. Senyumlah sikit :)

Hari yang tak berapa best? Its ok.

Its just a bad day. Not a bad life.

Insya ALLAH esok akan jadi hari yang indah & penuh dengan senyuman.

Tak percaya? Percayalah.

ALLAH kan sentiasa ada dengan kita.

Tuesday, 3 November 2015

Orang Tak Suka? Ramai Lagi Yang Sayang


Adat dunia, ada je yang tak suka kita.


Dan usah pedulikan mereka. Anggap mereka tak wujud. Apa pun mereka kata, buat tak tau je. Lama-lama penatlah tu. 

Buat apalah nak habiskan masa fikirkan pasal mereka yang tak penting pun dalam hidup kita? Betul-betul buang masa.

Buat apalah nak bersedih & down sebab mereka? Lebih baik kita buat benda lain yang best & menggembirakan hati.

Satu orang tak suka kita, ada beribu-ribu lagi yang sayang. Tak luak pun.

Fokus kepada mereka yang sayangkan kita. Lagi berbaloi. Kita pun akan rasa bahagia.

I choose to be HAPPY!

Friday, 16 October 2015

Wahai Suamiku Sayang


Tak tahulah orang lain, tapi bagi saya: my husband is my bestfriend.

Suami adalah segala-galanya bagi saya. 

Ya ALLAH ya tuhanku... Kau peliharalah rumah tangga kami agar bahagia hingga ke syurga.

Kau satukanlah hati kami agar saling menyayangi walau apa pun yang terjadi.

Aamiin...Aamiin...Aamiin.

Thursday, 15 October 2015

Hidup Ini Umpama Pusingan Roda


Tipulah kalau ada yang kata hidup dia sentiasa bahagia. ALLAH tak pernah uji dia.

Hidup kita memang ada pasang surutnya.

Hari ni happy gile-gile. Esok diuji, jatuh terjelepok sampai rasa tak boleh nak bangun semula dah. Rasa give up. Taknak hidup lagi.

Rasa macam dunia ni dah takde makna untuk kita.

Percayalah... setiap yang berlaku ada hikmahnya. Walau pun mungkin hari ni kita tak nampak apa kebaikannya untuk kita. Suatu hari nanti ALLAH akan tunjuk kat kita.

Hari ni kita rasa sedih, rasa sakit yang teramat sangat. Esok pasti ALLAH akan bagi kita bahagia. Dan kita akan lupa kesakitan yang kita alami sekarang.

Percayalah!

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...