Wednesday, 4 November 2015

Hargailah Hari Ini Kerana Ianya Tak Mungkin Akan Berulang.


Ibu bapa kita cuma hidup sekali sahaja. Apabila mereka meninggal dunia, menangis air mata darah sekali pun, mereka takkan hidup kembali. Berbaktilah kepada keduanya selagi mereka masih hidup.

Seperti ibu bapa, suami juga akan pergi meninggalkan kita suatu hati nanti. Walau sekuat mana ikatan kasih sayang antara kita & suami, tiada apa pun di dunia ini yang dapat mengelakkan kematian. Oleh itu, gunakan masa yang kita ada sekarang untuk menikmati hidup bersama suami. Sama-sama menyulam cinta & mengumpul pahala agar dapat kembali bersama di syurga nanti.

Zaman kanak-kanak anak kita cuma sekali, apabila mereka sudah mula meningkat remaja pasti kita akan merindui bau manis mereka & keletah comel yang mencuri hati. Peluk ciumlah anak-anak, dan luangkan sebanyak masa yang termampu bersama mereka. Jangan lupa beri didikan agama kerana anak adalah saham kita di akhirat kelak. Malah selepas kita meninggal dunia, insya ALLAH doa anak yang soleh tidak akan putus sampai kepada kita.

Hargailah hari ini kerana ianya tidak mungkin akan berulang.





0 comments:

Post a Comment

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...