Showing posts with label Ujian. Show all posts
Showing posts with label Ujian. Show all posts

Monday, 30 November 2015

Sebuah Kisah Yang Membuatkan Saya Menitiskan Air Mata

A heartbreaking day...
Di dewan bersalin, menyambut seorang adik, remaja sekolah menengah rendah.. Wajahnya kelihatan tenang, disulam kerut-kerut dahi menahan sakitnya contraction pain. A petite, pretty, innocent young lady indeed.

Sementara menunggu fail pesakit tiba di tangan... Kami siap sediakan peralatan yang patut. CTG (cardiotocography) machine dipasang, delivery set, vaginal examination set, bladder catheterization, suction set.. Darah pesakit diambil untuk saringan kumpulan darah, standby sekiranya ada komplikasi pendarahan berlaku selepas pesakit bersalin.
"Adik sekolah lagi?" Sapaan seorang staf.
"Saya baru berhenti sekolah beberapa bulan lepas. Takut kawan-kawan tau.."

Tangan cekap melakukan kerja, sambil otak ligat berfikir, memecahkan puzzle yang masih banyak lopongnya. Kes apa ye ini?
"Saya mangsa rogol..." Perlahan dia berkata.
Sentap. Sunyi.. 10 saat, 20 saat.. Terdengar suara beliau mengerang kesakitan. Dengan penuh tenang dan prihatin, kami ajarkan si adik cara-cara menahan sakit, cara meneran apabila saat melahirkan anak tiba nanti. Beberapa ayat quran dan zikir diajarkan beliau untuk tenangkan minda, mudah-mudahan dipermudahkan proses delivery nanti.
Tidak lama kemudian, ibu adik ini masuk. Wajahnya segar. Penuh motivasi. Istimewanya ibu ini. Tidak henti-henti mengurut belakang badan, tangan dan kaki sambil mulut memberi sokongan kepada si adik. Setiap kali contraction pain datang, ibu ini tidak jemu berkata, "Sabar ye nak, nak bersalin memang sakit. Baca istighfar, mengucap.. Baca tu haa, ayat yang tulis kat dinding tu. Laa ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minazzholimin.."
"Puan, jemput duduk.. Penat puan berdiri dari tadi."
"Tak mengapa, kesian kat anak saya ni."

Setelah ARM (artificial rupture of membrane: satu prosedur untuk membantu pecahkan air ketuban) dilakukan, air ketuban yang mengalir keluar kelihatan sedikit keruh, light meconium stain liquor, inform pediatrics team untuk standby!
"Apa ye tu doktor?" si ibu bertanya.
"Puan, kita buat ARM ni tadi untuk 2 tujuan, pertama untuk lihat warna air ketuban, sekiranya keruh maknanya baby dah buang najis di dalam, menandakan dia dalam keadaan tertekan dan boleh jadi lemas. Kedua, untuk bantu cepatkan sedikit proses bersalin. Dan kami perasan air ketuban adik ni tadi ada stain najis bayi. Tapi insya Allah masih dalam keadaan stabil, kita pantau keadaan baby dengan CTG machine tu. Setakat ni nampak fungsi jantung baby baik, maknanya belum ada tanda-tanda lemas."
"Ooo.. Boleh jadi tak baby ni tertekan sebab di rumah, anak saya pukul-pukul perutnya dengan baldi. Boleh jadi tak sebab tu?"
"Pukul dengan baldi?"
"Iye.. Lepas kejadian tu, di rumah dia selalu murung. Berkurung dalam bilik. Menangis sendiri. Tak jumpa orang. Saya ni je lah yang selalu buat dia senyum, ketawa."
"Insya Allah bukan sebab tu, puan jangan risau ye.."
Kadar contraction semakin kerap, adik ini semakin kesakitan.
"Akak, saya rasa macam nak meneran!"

"Ok adik... Tarik nafas, kami periksa ya.."
"Os fully!" Semua bersedia. Rambut si bayi sudah kelihatan.

Si ibu bergegas keluar kamar bersalin. Mata dan hidungnya merah. Mulutnya terkumat kamit berdoa. Si ibu menangis..
"Eh puan tak nak masuk, teman anak bersalin?"
"Saya tak sanggup tengok anak saya sakit begini."

Dia masuk semula..
Sambil mengusap pantas rambut si anak, di berkata,
"Ibu keluar ye sayang, Adik boleh, jaga diri ye."
Dicium lembut pipi si anak. Air matanya mengalir laju.

"Ibu, jangan tinggalkan adik... Ibu jangan pergi" lemah suara si anak merayu..
Ya Ilahi... drama apakah ini?
Kenapa penglihatan mata ini berkaca-kaca? Tak mampu menahan air mata yang sarat bergenang.. Ya Allah jangan biarkan air mata ini jatuh..
Tunduk merenung CTG machine yang rancak berbunyi, bunyi degupan jantung si bayi yang sedang berjuang keluar dari laluan sempit vagina ibu. Menyembunyikan wajah yang merah menahan perasaan.
Sebagai petugas professional kesihatan, tidak sepatutnya kami mengalirkan air mata di hadapan pesakit.

"Ok adik, tarik nafas dalam-dalam.. 1,2,3 teran!"
Alhamdulillah 2 minit kemudian, nyaring suara tangisan bayi memenuhi kamar bersalin itu. Ceria. "Alhamdulillah, tahniah adik.. Awak dah jadi ibu.. Baby kita beri dulu pada doktor kanak-kanak ye.. Sebab tadi dia dah buang najis di dalam.. Biar doktor kanak-kanak periksa dulu ye".. Semua tersenyum lebar.. Lega..
.......
Malam itu, sebelum pulang.. saya tinjau seketika ke kamar itu. Dia mencium kepala bayinya, penuh kelembutan. Penuh kasih sayang.. Tiada riak benci pada bayi yang pernah dipukul dengan baldi ketika dalam kandungan. Maha suci Allah..
........
Kami pulang dengan dendam dan perasaan marah yang hanya mampu tersimpan jauh di sudut hati.
Siapakah sekumpulan lelaki-lelaki yang tidak bertanggungjawab mengganggu dan menangkap adik ini ketika beliau pulang dari sekolah? Siapakah yang mencalarkan maruah adik ini sehinggakan beliau terpaksa melarikan diri ke negeri lain bagi menyembunyikan tragedi itu dari pengetahuan jiran dan rakan? Apakah tiada balasan yang setimpal untuk perbuatan zalim yang tidak selayaknya dilakukan oleh makhluk yang membawa akal dan iman dalam fitrah ciptaannya?

Copy paste dari fb Puan Nur Ameen


Sunday, 1 November 2015

Selagi Boleh Sabar, Bersabarlah!


Hidup bermasyarakat memang tak mudah.

Hari ni orang sakitkan hati kita.

Esok orang aibkan kita.

Nanti-nanti ada pula yang jaja keburukan kita.

Tak boleh nak elak. Melainkan kalau kita duduk dalam gua, tak bercampur dengan orang.

Apa pun yang berlaku, bersabarlah.

Orang sakitkan hati kita, sabar!

Orang singgung perasaan kita, sabar!

Bila orang aibkan kita, sabar!

Bila orang cerita keburukan kita, sabar!

Bisik pada hati.

Pujuk perasaan.

Rayu pada emosi.

Mampu ke tidak, tetap kena sabar.

Bersabarlah! ALLAH akan naikkan darjat kita jauh lebih tinggi daripada mereka.

Jom kita jadi wanita solehah yang hebat!

Friday, 23 October 2015

Saya Diuji Lagi


Baru-baru ni saya diuji. Kereta adik saya dilarikan depan mata kami. Nampak kereta bergerak. Cuba kejar tak dapat. Masih berusaha untuk mencari. Manalah tahu kot masih ada rezeki kami.

Beratnya dugaan ni. Sedih tengok adik saya kehilangan barang yang paling dia sayang. Lagi sedih sebab tak tahu macam mana lagi nak membantu.

Dah usaha setakat yang terdaya, Sekarang tinggal berdoa & tawakal.

Namun saya sentiasa tahu bahawa walau pun ujian yang datang ni saya rasakan sebesar kapal, terlalu besar untuk kami hadapi, tapi RAHMAT ALLAH pula seluas lautan. Terbentang luas.

Dan ALLAH juga takkan menguji hambanya lebih daripada kemampuan. ALLAH uji kami sebab sayang. ALLAH nak kami makin dekat kepadanya.

Apa yang paling penting, setiap yang berlaku pasti ada rahmatnya. Mungkin bukan hari ni, tapi satu hari nanti kami akan  mengetahuinya.

Doakan semoga kereta adik saya ditemui semula dalam keadaan baik. Kami tak pernah berhenti mengharap.

Thursday, 15 October 2015

Hidup Ini Umpama Pusingan Roda


Tipulah kalau ada yang kata hidup dia sentiasa bahagia. ALLAH tak pernah uji dia.

Hidup kita memang ada pasang surutnya.

Hari ni happy gile-gile. Esok diuji, jatuh terjelepok sampai rasa tak boleh nak bangun semula dah. Rasa give up. Taknak hidup lagi.

Rasa macam dunia ni dah takde makna untuk kita.

Percayalah... setiap yang berlaku ada hikmahnya. Walau pun mungkin hari ni kita tak nampak apa kebaikannya untuk kita. Suatu hari nanti ALLAH akan tunjuk kat kita.

Hari ni kita rasa sedih, rasa sakit yang teramat sangat. Esok pasti ALLAH akan bagi kita bahagia. Dan kita akan lupa kesakitan yang kita alami sekarang.

Percayalah!

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...