Showing posts with label Hati Nurani. Show all posts
Showing posts with label Hati Nurani. Show all posts

Monday, 7 December 2015

Jagalah Diri Sendiri, Usah Sibuk Dengan Urusan Orang Lain


Saya terjumpa kisah-kisah ini di facebook, menarik dan penuh dengan pengajaran.



Kisah Pertama : 
Seorang abang bertanya kepada adik perempuannya ketika melawat adiknya yang baru seminggu bersalin. "Hadiah apa yang diberikan oleh suamimu setelah engkau melahirkan bayi untuknya?" "Tidak ada." Jawabnya ringkas. Abangnya berkata lagi, "Mana mungkin, adakah engkau tidak berharga di sisinya? Aku sendiri kerap memberikan hadiah untuk isteriku walau tiada alasan yang istimewa."

Petang itu, ketika suaminya penat pulang dari bekerja, isterinya sedang merajuk. Mereka berdua mula bertengkar. Selang beberapa bulan kemudian, suami dan isteri ini bercerai. Apakah punca masalah rumahtangga mereka? Dari soalan seorang abang yang terlalu mengambil tahu tentang rumah tangga orang lain.
Kisah kedua : 
Seorang ibu mertua bertanyakan soalan tentang keselesaan rumah anak menantunya. "Kamu tak rasa rumah kamu ini terlalu sempit? Bukankah anak-anak kamu sudah ramai?”
''Berapa gaji kamu suami isteri sebulan?" Menantunya menjawab, "RM3500" "Hanya RM3500? Terlalu sedikit majikan kamu menghargai dirimu. Adakah cukup untuk memenuhi keperluan hidup kamu? "

Rumah yang tadinya terasa lapang, mula dirasa sempit oleh penghuninya. Ketenangan yang dulu ada, juga turut menghilang. Tak lama kemudian, keluarga ini mula tersepit dengan hutang kerana mencuba membeli rumah yang lebih besar dengan berhutang diluar kemampuan kewangan keluarganya. 

 Kisah ketiga : 
Seseorang bertanya kepada makcik tua. "Berapa kali anak-anak makcik datang mengunjungi makcik dalam sebulan? " Makcik itu menjawab, "Sebulan hanya sekali." Si penanya menempelak, "Wah teruk betul anak-anak makcik. Di usia makcik sebegini, sepatutnya mereka mengunjungi makcik dengan lebih kerap lagi." Hati si makcik menjadi sedih. Sedangkan selama ni makcik itu memahami kesibukan anak-anaknya. Makcik tadi mula menangis. Ini memburukkan kesihatan tubuhnya.

Apakah yang kita dapat dari bertanya soalan-soalan di atas? Jagalah diri kita sendiri. Usah sibuk dengan urusan orang lain. Sebab kita tak tahu, soalan yang kita anggap simple, boleh merosakkan hidup orang lain.

Thursday, 3 December 2015

Jaga Mulut Kita


Biar orang buat kita, jangan kita buat orang.

Biarlah apa orang nak kata pasal kita, asalkan kita tahu yang kita bukan macam tu. Yang penting ALLAH kenal siapa kita. 

Jaga mulut kita. Tak payah buang masa nak balas. Lama-lama bila penat dia berhentilah.

Senang je kan?

Pekakkan telinga, butakan mata. Tutup mulut kita rapat-rapat.

Pasti kita takkan sakit hati.


Facebook Oh Facebook


Tak tau nak gelak ke nak menangis?

Semua benda tak betul.

Berdoa kat facebook, ada yang pertikaikan.

Share berita gembira dikatakan riak.

Share kesedihan, jap lagi ada yang kata jangan terlalu ceritakan masalah. Bukan semua orang akan faham. Malah ada yang akan bergembira atas lesedihan kita.

Senang cerita, serba tak kena.

Siapa yang patut deactivate akaun. Yang suka bercerita ke yang suka menilai?


Wednesday, 4 November 2015

Kemaafan Kunci Ketenangan jiwa


Nak maafkan orang bukannya mudah. 

Lebih-lebih lagi kalau hati kita masih terluka, rasa macam berkecai terhempas ke batu. 

Atau pun hati kita masih sakit, rasa dikhianati. Rasa marah sangat-sangat.

Atau  rasa teraniaya oleh insan yang zalim.

Kemaafaan sememangnya mudah untuk disebut, tapi dalam hati takde siapa yang tahu. Bak kata orang, luka mungkin sembuh tapi parut akan sentiasa ada.

Malah mungkin kita boleh memafkan tapi tak mungkin dapat melupakan.

Itu normal. Tapi terfikir tak?

Kalau kita memaafkan orang, yang sebenarnya kita membantu diri sendiri untuk mendapat ketenangan & kebahagiaan.

Selagi kita tak maafkan seseorang, selagi tu kita akan sentiasa teringat apa yang dia pernah buat kat kita. Tiap kali teringat akan datang pelbagai perasaan. Marah, geram, sedih, sakit hati, kecewa, benci. Malah mungkin juga dendam?

Apabila kita memilih untuk memafkan, bermakna kita memilih untuk tenang & berasa bahagia. Kita dah taknak ingat apa benda yang dia pernah buat kat kita. Past is past.

Percayalah, kemaafan adalah kunci kepada ketenangan jiwa. Maafkan mereka yang pernah buat salah dengan kita. Doakan yang baik-baik untuk mereka. Pasti kita akan peroleh ketenangan.

Sunday, 25 October 2015

Lagi Kisah Riak Difacebook


Biasa kita jumpa status pasal riak anak, riak harta, riak jalan-jalan oversea kat facebook. Pendek kata macam-macam benda boleh jadi punca disangka riak.

Manusia. Kita tak boleh nak kawal apa yang orang fikir pasal kita. Apa yang penting, macam mana kita hadap benda tu. Orang kata kita riak, kita nak berhenti post kat fb sebab takut dilabel atau kita teruskan post dengan happy sebab kita tahu, dalam hati kita takde secebis pun rasa riak. Buatlah apa-apa pun, asalkan bahagia :)

Hari ni saya nak berbicara pasal riak ibadah. Biasa isu  ni timbul bulan puasa di mana akan banyak status:

Done Terawikh.

Check in masjid.

Done Tadarus.

Alhamdulillah berjaya khatam Al-Quran sebelum habis Ramadhan.

Dan macan-macam lagi. Seperti biasa, akan ada yang kurang senang dengan status jenis macam ni & melabel tuan punya status sebagai riak.

Jadi, macam mana? Salah ke kalau post macam ni kat fb? Jawapannya... kita rujuk Hadith berikut:

"Barangsiapa memperdengarkan amalnya kepada orang lain (agar orang tahu amalnya), maka Allah akan menyiarkan aibnya di telinga-telinga hambaNya, Allah rendahkan dia dan menghinakannya". (HR. Thabrani, Baihaqi dan Ahmad)

“Mahukah kamu kuberitahu tentang sesuatu yang menurutku lebih aku khuwatirkan terhadap kalian daripada (fitnah) Al Masih Al Dajjal? Para sahabat berkata, “Tentu sekali”. Beliau bersabda, “Syirik khafi (yang tersembunyi), iaitu ketika sesorang berdiri mengerjakan solat, dia perbagus solatnya kerana mengetahui ada orang lain yang memperhatikannya “ (HR. Ahmad. Dihasankan oleh al-Albani)

Oleh itu, biarlah ibadahmu menjadi rahsiamu seperti mana kamu merahsiakan dosamu. Tepuk dada, tanya iman. Sama-sama kita perbaiki diri.

Semoga bermanfaat!


Thursday, 15 October 2015

Pesan Pada Hati


Hati. Baik buruk diri kita semuanya berpunca dari hati. Kalau hati kita bersih, maka eloklah akhlak & peribadi kita. Kalau hati kita hitam & penuh noda?

Selalulah berpesan kepada hati supaya:

Jangan meninggi diri.

Jangan sombong.

Jangan pandang rendah pada orang lain.

Jangan rasa diri sudah hebat,

Jangan rasa diri semakin muda.

Jangan lupa satu hari nanti kita semua akan mati.

Jaga hati. Hiasa peribadi. Pesanan untuk diri saya sendiri.

Wednesday, 14 October 2015

Cermin Diri


Percaya tak? Kalau kita selalu melihat keburukan orang lain, itu adalah cerminan hati kita. Hati yang tidak bersih akan sentiasa nampak keburukan orang.

Macam lalat. Pandang sudut mana pun nampak benda kotor, sampah-sarap. Sebab lalat sukakan kekotoran & sentiasa mencari benda kotor.

Oleh itu, kalau kita sentiasa nampak keburukan orang:

" Peah ni kuat merungut kat facebook. Sikit-sikit nak merungut. "

" Ahmad ni kan, asyik selfie je. Nampak sangat makan gaji buta. "

" Kak Jah ni.... dah tua buatlah cara tua, tak payah nak pakai baju ketat tayang body. "

" Eleh dia ni. Post benda islamik kat fb. Macam baik-baik je. "

" Tak habis-habis post gambar anak dia kat fb. Yelah...dia sorang je ada anak. Anak dialah yang paling bijak, paling comel, paling best kat dunia ni "

Maksudnya, hati kita yang tak bersih. 

Jom bersihkan hati. Taknak jadi macam lalat kan? 

Saturday, 3 October 2015

Siapa Yang Lebih, Siapa Yang Kurang?


Biasa kita dengar pepatah yang mengatakan bahawa orang tua lebih banyak makan garam. Lagi banyak pengalaman & tahu segala-galanya. Dorang sentiasa betul & kita yang muda kena ikut semuanya. Betul lah tu. Orang tua memang lebih banyak pengalaman berbanding kita. Tapi.... tak semestinya yang tua lebih matang daripada yang muda & yang tua tak semestinya betul setiap masa.

Orang berpelajaran tinggi biasanya dianggap bijak pandai. Stigma yang dah disemai sejak dulu. Tapi.... masuk u tak semestinya bijak. Sistem pendidikan kat Malaysia ni banyak tekankan menghafal & mengingat. Bukan bijak. Percayalah.... tak semua yang masuk u bijak. Malah kadang-kadang orang yang belajar tak setinggi mana lagi berakal dari yang berijazah.

Resam manusia, menilai orang berdasarkan khabar angin & reputasi. Bahasa orang putihnya rumor has it. Ditambah pulak ada ayat rumor is not always wrong. Aduhai! Baca firman ALLAH ni:

“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Lepas ni nak percaya dengan khabar angin lagi ke tak?

Erti Sebenar Kecantikan Seorang Wanita

Semua orang nak jadi cantik. Tipulah kalau ada yang kata TIDAK.

Nak cantik untuk suami. Nak cantik untuk keyakinan diri. Nak cantik untuk kepuasan diri.

Jaga kulit muka. Jaga bentuk badan. Jaga personaliti.

Tapi ramai yang terlupa bahawa sesungguhnya kecantikan itu bukan pada wajah semata-mata. Ianya lebih daripada itu. Bak kata orang putih, beauty is skin deep.

Kecantikan sebenar ialah mempunyai minda, hati, dan jiwa yang cantik.


Kecantikan minda bermaksud seorang yang sentiasa tenang walaupun diuji, sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan olehNya, dan menyayangi semua orang termasuk mereka yang tak melayan kita dengan baik.

Hati yang cantik pula bermaksud hati yang bersih dari dendam, sentiasa memafkan orang lain, sentiasa bersangka baik. Pendek kata, hati yang suci & bersih. Bukan hati yang kotor & hitam. Susah kan nak dapat kecantikan hati? Susah. Susah sangat. 

Orang yang berjiwa cantik memiliki hati & minda yang cantik. Ada kedua-duanya. Super duper susah untuk dimiliki. Tapi boleh dimiliki. Berusaha perlahan-lahan & yang paling penting istiqamah. Sedikit demi sedikit tapi berterusan.

Teringin sangat nak jadi wanita yang cantik dalam erti kata yang sebenarnya- cantik luar dan dalam. Insya ALLAH sedang berusaha ke arah itu. Doakan saya.

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...