Showing posts with label Doa Hilangkan Marah. Show all posts
Showing posts with label Doa Hilangkan Marah. Show all posts

Wednesday, 18 November 2015

Tips Kebahagiaan Wanita Solehah


Ada yang tak setuju dengan kata-kata ni?

Berburuk sangka akan menyebabkan hati kita tak tenang. Kalau hati tak tenang macam mana nak bahagia?

Hasad dengki akan menyebabkan kita sentiasa tak senang duduk. Ada je benda yang kita iri hati kat orang. Orang hidup bahagia, kita dengki. Orang gembira, kita sakit hati. Macam mana nak bahagia?

Marah. Asyik nak marah je. Sikit-sikit nak jadi singa betina. Tak aman hidup. Bukan hidup kita je tapi orang keliling pun terkena tempias.

Dendam. Sekali orang buat kat aku, sampai ke lubang kubur aku ingat. Aku takkan maafkan. Sesungguhnya dendam adalah perosak hati. Juga perosak kebahagiaan.

Nak bahagia? Jom perbaiki diri. Kita buang semua sikap buruk ni dari diri kita. Cuba jadi seorang yang sentiasa bersangka baik, mendoakan orang lain, memafkan, dan melupakan salah orang lain kepada kita. Amalkan doa hilangkan marah ni setiap hari, insya ALLAH akan nampak kesannya.

Jom, jadi wanita solehah yang bahagia!


Wednesday, 4 November 2015

Kemaafan Kunci Ketenangan jiwa


Nak maafkan orang bukannya mudah. 

Lebih-lebih lagi kalau hati kita masih terluka, rasa macam berkecai terhempas ke batu. 

Atau pun hati kita masih sakit, rasa dikhianati. Rasa marah sangat-sangat.

Atau  rasa teraniaya oleh insan yang zalim.

Kemaafaan sememangnya mudah untuk disebut, tapi dalam hati takde siapa yang tahu. Bak kata orang, luka mungkin sembuh tapi parut akan sentiasa ada.

Malah mungkin kita boleh memafkan tapi tak mungkin dapat melupakan.

Itu normal. Tapi terfikir tak?

Kalau kita memaafkan orang, yang sebenarnya kita membantu diri sendiri untuk mendapat ketenangan & kebahagiaan.

Selagi kita tak maafkan seseorang, selagi tu kita akan sentiasa teringat apa yang dia pernah buat kat kita. Tiap kali teringat akan datang pelbagai perasaan. Marah, geram, sedih, sakit hati, kecewa, benci. Malah mungkin juga dendam?

Apabila kita memilih untuk memafkan, bermakna kita memilih untuk tenang & berasa bahagia. Kita dah taknak ingat apa benda yang dia pernah buat kat kita. Past is past.

Percayalah, kemaafan adalah kunci kepada ketenangan jiwa. Maafkan mereka yang pernah buat salah dengan kita. Doakan yang baik-baik untuk mereka. Pasti kita akan peroleh ketenangan.

Friday, 23 October 2015

Happy Atau Tak, Pilihan Ditangan Kita


Mulut orang tak boleh ditutup. Kita tak kacau hidup dia, tapi tetap nak bawak mulut pasal kita.

Ada sesetengahnya pulak, tak taulah apa salah kita kat dia. Tapi layan kita dengan teruk. Yang ni biasanya masalah dengan ibu mertua atau ipar duai.

Ketahuilah bahawa kita memang tak boleh nak control apa yang orang nak cakap pasal kita. Dan kita juga tak boleh nak paksa orang supaya layan kita dengan baik.

Tapi, kita boleh pilih macam mana nak hadap benda tu.

Kalau orang bawa mulut pasal kita? Instead of sakit hati & sedih, atau balas semula apa yang dia buat, apa kata kalau kita bertenang. Berdiam diri. Kalau kita diam tak bermakna kita salah. Kita diam sebab kita bukan sama level dengan dia. Orang macam tu tak layak untuk dapat MASA kita. Jangan habiskan masa untuk fikir pasal dia & benda buruk yang dia buat kat kita. Kalau rasa marah, meh amalkan doa hilangkan rasa marah ni.

Kalau ada yang tak layan kita dengan baik? Abaikan dia. Elakkan berkomunikasi atau berjumpa dengan dia. Kalau terpaksa juga, selesaikan urusan cepat-cepat. Layan dia dengan baik, tak kira apa pun dia buat kat kita. Sebab apa? Sekali lagi, untuk buktikan yang kita ni bukan satu level dengan dia. Buktikan yang kita ni jauuuuuuuuuuuh lebih baik daripada dia. Kalau yang layan kita dengan buruk tu ibu mertua, jom baca celoteh saya tentang ibu mertua tak sayang ni.

Senang kata, yang sebenarnya kita sendiri yang tentukan sama ada nak HAPPY ke nak SEDIH. Jangan habiskan masa fikirkan benda yang kita tak boleh kawal. Semoga bermanfaat!

Friday, 16 October 2015

Lupakan Kesalahan Orang Kepada Kita, Maafkan Dia


Lumrah dunia. Sekali orang buat salah, terus kita benci. Habis terlupa semua kebaikan yang dia pernah buat kat kita selama ni.

Memang kita tengah marah. Kita kecewa. Tak puas hati. Kita berdendam.

Takpe... ambil masa sekejap untuk cool down. Nak marah 2 3 hari? Takde masalah. Seminggu pun boleh. Amalkan doa hilangkan marah ni.

Bila dah cool down sikit, dah kurang rasa marah, kita cuba ingat balik segala kebaikan yang dia pernah buat kat kita. Tak dapat banyak, at least 1 pun jadilah. 

Sekurang-kurangnya orang tu pernah buat baik kat kita, kan?

Nak jadi ahli syurga bukan mudah. Ini adalah salah satu daripada benda yang kita perlu lakukan.

Susah kat dunia, insya ALLAH berbahagia di akhirat. Siapa taknak memang rugi sangat-sangat.

Jom sama-sama perbaiki diri.

Monday, 5 October 2015

Nabi Kata Kalau Marah, Diam!


Selalu bila marah apa yang korang buat? 

Mengamuk? Menjerit? Menangis? Marah semua orang? Takde mood? Asingkan diri? Buat muka ketat?

Kalau saya, ikut keadaan. Kalau marah kat suami, saya akan senyap. Tak jawab call, tak balas sms (sila jangan tiru ;p)

Kalau marah kat orang lain, suami lah tempat saya lepaskan perasaan. Lepas tu lega sikit.

Kadang-kadang tertulis kat facebook. <---- Ok yang ni memang paling tak patut dibuat.

Nak tau apa yang Nabi ajar bila marah?

”Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring” (HR Ahmad & Abu Daud)

"Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk” (HR Ahmad & Abu Daud)

”Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam." Nabi saw mengulangi ucapannya 3 kali. (HR Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)




So lepas ni kalau marah dah tau apa nak buat, kan? Semoga kita semua menjadi wanita solehah yang mampu diam bila marah.

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...