Showing posts with label Isteri Solehah. Show all posts
Showing posts with label Isteri Solehah. Show all posts

Monday, 2 November 2015

Wanita Solehah Ketua Bidadari Di Syurga


Pada saya, hadith ni indah sangat.

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Betapa mulianya wanita didalam islam.

Wanita solehah akan menjadi saham akhirat ibu bapa & suami.

Malah isteri solehah akan menjadi ketua bidadari untuk suaminya di syurga nanti. 

Apa yang dimaksudkan dengan wanita solehah?

Solehahnya wanita apabila taatnya pada Allah melebihi taatnya pada hamba Allah.

Solehahnya wanita apabila cintanya pada Allah melebihi kecintaanya pada dunia.

Solehahnya wanita apabila ibadahnya,tawadhuknya benar-benar hanya untuk Allah dan bekalan hari Akhirat.


Itulah wanita solehah di sisi Allah. 

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad) 

Daripada hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa wanita yang menjaga amal ibadah dan dekat dengan Tuhan yakni melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya, itulah wanita solehah. Wanita solehah dijanjikan syurga. Malah boleh memilih untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu sekalipun. Hebat janji Allah pada wanita yang taat pada Allah. 

Solehahnya wanita itu apabila wanita tersebut memenuhi 2 syarat ini, iaitu:
1. Taat kepada ALLAH & Rasul
2. Taat kepada suami.

Ketaatan pada Allah, itulah hakikat sebenar solehah. Ketaatan pada Pencipta. Bagaimana seorang wanita itu menjaga hatinya daripada sifat-sifat tercela. Ramai orang boleh menjadi hipokrit di hadapan manusia. Memakai jubah, memakai tudung labuh, sopan santun, lemah lembut, tapi dalam hati, hanya Allah yang boleh menilainya. Maka, sebenar-benar solehah itu adalah pada nilaian Allah. Menjaga hati daripada perkara-perkara mazmumah. Tidak ada sifat dengki. Penuh dengan kasih sayang dan sifat suka membantu. Di dalam hatinya tidak ada sifat benci pada manusia. Tidak ada sifat riya' dengan kebaikan yang dia ada. Itulah wanita yang benar solehah.

"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Tanpa keimanan kepada Allah, pasti sopan santun itu tidak bermakna dan tidak ada nilainya disisi Yang Mulia Pencipta. Ramai orang mampu untuk menjadi solehah, mendapat gelaran solehah di depan manusia, tapi sejauhmana solehahnya kita dihadapan Allah. Itulah sebenar-benar nilaian solehah. Bukan apa yang manusia lihat, tapi apa yang Allah nilai dan lihat. 

Best kan dapat jadi ketua bidadari kat syurga? Apa lagi. Jom upgrade diri supaya menjadi wanita solehah.

Thursday, 29 October 2015

Haram Hukumnya Menyimpan Perasaan Kepada Lelaki Lain, Selain Daripada Suami


Dunia dah moden. Manusia pun semakin moden.

Dengan adanya media sosial seperti facebook, whatsapp, wechat, dan sebagainya, makin mudah para isteri berhubung dengan lelaki lain.

Tak ada masalah, asalkan isteri tahu batasan. Sentiasa ingat status ISTERI yang dipegang.

Jangan sampai timbul perasaan bahawa lelaki lain lebih baik dari suami sendiri, dan menyimpan perasaan kepadanya. Nauzubillahiminzalik. Semoga kita tak jadi isteri macam tu.

HARAM hukumnya. Ingat ye!


Monday, 5 October 2015

Doa Buat Suamiku Yang Tercinta


Dah pukul 1.00 pagi. Berjaga untuk temankan suami siapkan kerja.

Ya. Kerja pejabat yang dibawa pulang ke rumah. 

Kesiannya tengok suami. Bangun sebelum subuh, ke pejabat mencari rezeki untuk keluarga. Sampai rumah matahari dah nak terbenam. Rehat sejam dua, luangkan masa dengan isteri & anak-anak. Tidur sekejap, bangun untuk buat kerja semula.

Besarnya pengorbanan suamiku Ya ALLAH. Demi mencari rezeki yang halal untuk kami sekeluarga.

Panjangkan umur suamiku Ya ALLAH.

Berikanlah suamiku kemudahan rezekinya.

Jika masih jauh kau dekatkanlah.

Jika masih ada di langit maka segera turunkanlah untuknya.

Jika tertahan di dasar bumi maka hanya Engkaulah yang mampu mengeluarkannya.

Ya ALLAH berkatilah rezeki yang kau kurniakan kepada suamiku agar membawa kebaikan kepada kami sekeluarga dunia akhirat.

Sesungguhnya dia suamiku yang aku cintai selamanya, insya ALLAH hingga ke syurga.

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...