Baru-baru ni saya diuji. Kereta adik saya dilarikan depan mata kami. Nampak kereta bergerak. Cuba kejar tak dapat. Masih berusaha untuk mencari. Manalah tahu kot masih ada rezeki kami.
Beratnya dugaan ni. Sedih tengok adik saya kehilangan barang yang paling dia sayang. Lagi sedih sebab tak tahu macam mana lagi nak membantu.
Dah usaha setakat yang terdaya, Sekarang tinggal berdoa & tawakal.
Namun saya sentiasa tahu bahawa walau pun ujian yang datang ni saya rasakan sebesar kapal, terlalu besar untuk kami hadapi, tapi RAHMAT ALLAH pula seluas lautan. Terbentang luas.
Dan ALLAH juga takkan menguji hambanya lebih daripada kemampuan. ALLAH uji kami sebab sayang. ALLAH nak kami makin dekat kepadanya.
Apa yang paling penting, setiap yang berlaku pasti ada rahmatnya. Mungkin bukan hari ni, tapi satu hari nanti kami akan mengetahuinya.
Doakan semoga kereta adik saya ditemui semula dalam keadaan baik. Kami tak pernah berhenti mengharap.
0 comments:
Post a Comment