Wednesday, 14 October 2015

Berharap Kepada Manusia Pasti Akan Kecewa


Usah terlalu berharap kepada manusia kerana bayang-banyangnya sendiri menghilang saat kegelapan, kata Ibnu Taimiyah.

Shakespear pulak kata " Saya sentiasa gembira. Nak tahu kenapa? Kerana saya tak mengharapkan apa-apa dari manusia. Harapan kepada manusia selalunya melukakan "

Berharaplah kepada ALLAH kerana ALLAH takkan pernah mengecewakan, kata Cik Puan Nurul. Sayalah tu :)

Sepanjang hidup kita, bukan sekali kita kecewa kerana berharap kepada manusia. Menaruh harapan dan akhirnya dikecewakan. Betul tak?

Berharap kepada suami agar setia, tapi akhirnya ada orang ketiga.

Berharap kepada kawan baik supaya jadi sahabat sehidup semati, tapi akhirnya ditikam dari belakang.

Berharap kepada mertua supaya sayangkan kita seperti anak sendiri, tapi akhirnya rasa tersisih macam orang luar.

Berharap kepada boss supaya bagi kenaikan gaji yang banyak, akhirnya naik seciput je.

Berharap anak dapat jawab elok-elok dalam periksa, akhirnya dapat keputusan kurang memuaskan.

Kita kecewa sebab harapan tu kita letakkan kepada MANUSIA. Bukan kepada ALLAH. Mulai hari ni, kita tukar.

Letakkan harapan kepada ALLAH. Contoh:

Berharap kepada ALLAH supaya suami setia & cuma kita seorang didalam hatinya.

Berharap kepada ALLAH supaya kawan baik menjaga aib kita & saling menyayangi sampai bila-bila.

Berharap kepada ALLAH agar lembutkan hati mertua supaya menyayangi kita seperti anak kandung yang dilahirkannya.

Bila kita meletakkan harapan kepada ALLAH, kita tak akan kecewa sangat kalau apa yang kita harapkan tak berlaku, sebab kita tahu  "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia sangat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" Al-Baqarah: 216


Sedikit perubahan boleh membuatkan kita bahagia. Kenapalah kita tak sedar dari dulu, kan? 

Jom semua...kita letakkan harapan kepada ALLAH. Pastinya hidup kita akan bertambah bahagia, dan bebas dari kekecewaan.

0 comments:

Post a Comment

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...