Maafkan saya kalau ada yang terasa dengan kata-kata saya ni. Takde niat nak menyindir sesiapa, sekadar peringatan untuk diri sendiri yang banyak kekurangan ini.
Tak salah berselfie. Cuma CARA tak berapa betul. Di antaranya:
1. Tak menutup aurat dengan sempurna. Kalau 10 mata lelaki ajnabi memandang, 10 saham kita dapat. Kalau 1000 mata? Bayangkan kalau 10,000 mata? Kalau masih anak dara, ayah kesayangan kita akan dapat saham sekali. Kalau dah berkahwin, suami tercinta pun ikut dapat saham.
1. Tak menutup aurat dengan sempurna. Kalau 10 mata lelaki ajnabi memandang, 10 saham kita dapat. Kalau 1000 mata? Bayangkan kalau 10,000 mata? Kalau masih anak dara, ayah kesayangan kita akan dapat saham sekali. Kalau dah berkahwin, suami tercinta pun ikut dapat saham.
* Lelaki ajnabi: lelaki yang bukan mahram.
2. Aksi manja & menggoda. Kadang-kadang aurat dah tertutup dengan sempurna, tapi aksi pulak tak berapa sesuai. Senyum meleret sambil menjeling kamera, buat duckface, buat pipi tembam, sengaja bulatkan mata, kenyit mata. Tok imam tengok pun boleh tercabut kopiah. Ada juga golongan Niqabis yang menghias mata secara berlebihan. Seperti taknak dilihat, tapi sebenarnya mahu dilihat.
3. Terlalu kerap berselfie. Sekali-sekala tak mengapa. Tapi kalau setiap jam upload gambar selfie, dah boleh dikategorikan sebagai ketagih. Tak sihat. Boleh cuba untuk kurangkan.
Kita jaga adab berselfie sebab sayangkan suami. Jangan sampai orang kata suami dayus kerana membiarkan kecantikan isteri dinikmati lelaki lain. Ingat! Kecantikan isteri adalah untuk tontonan suami sahaja. Hak milik ekslusif suami. Bukan untuk dikongsi dengan lelaki lain.
Orang lelaki ni lain macam sikit. Daya imaginasi kuat & mudah terangsang. Orang yang betutup-litup pun dorang boleh imagine yang bukan-bukan, inikan pula kalau kita berselfie dengan ciri-ciri yang saya nyatakan diatas. Jangan sampai gambar kita dijadikan sebagai modal untuk lelaki lain berfantasi.
Sama-sama kita perbaiki diri.
0 comments:
Post a Comment