Monday, 23 November 2015

Tanda 100 Hari Sebelum Kematian


Setiap yang hidup pasti akan mati. Cuma kita tak tahu bila saat tersebut akan tiba.

Kita selalu dengar orang kata, 100 hari sebelum meninggal dunia ALLAH akan bagi kita tanda. Cuma bezanya, ada orang mungkin tak perasan tanda-tanda tersebut berlaku. Atau pun mungkin ada yang perasan, tapi buat tak endah.

Jom saya kongsikan tanda-tanda kematian bagi orang Islam:

100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma mungkin ada yang tidak sedar. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. 

60 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. 

40 hari sebelum kematian - Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan berlaku kejadian di mana malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika. 

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan. Bagi yang sihat, akan terasa mengidam untuk makan.

5 hari sebelum kematian - Anak lidah akan bergerak-gerak.

3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 

1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. 

Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke tulang sulbi dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 


Allahuakbar! Semoga kita sempat bertaubat sebelum dijemput Malaikat Maut. Semoga kita mati dalam keadaan Husnul Khotimah dan dimasukkan ke dalam Syurga bersama orang-rang yang beriman.

0 comments:

Post a Comment

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...