Tuesday, 3 November 2015

Orang Tak Suka? Ramai Lagi Yang Sayang


Adat dunia, ada je yang tak suka kita.


Dan usah pedulikan mereka. Anggap mereka tak wujud. Apa pun mereka kata, buat tak tau je. Lama-lama penatlah tu. 

Buat apalah nak habiskan masa fikirkan pasal mereka yang tak penting pun dalam hidup kita? Betul-betul buang masa.

Buat apalah nak bersedih & down sebab mereka? Lebih baik kita buat benda lain yang best & menggembirakan hati.

Satu orang tak suka kita, ada beribu-ribu lagi yang sayang. Tak luak pun.

Fokus kepada mereka yang sayangkan kita. Lagi berbaloi. Kita pun akan rasa bahagia.

I choose to be HAPPY!

Kalau Buat Salah, Mengaku & Minta Maaf


Hari ni saya nak berceloteh tentang benda yang simple, tapi tak semua orang mampu buat.

Tak kira tua atau muda, sama je. 

Kita sebagai manusia memang tak lari dari melakukan kesilapan. Sesekali, pasti akan buat salah kat orang lain. Terumpat, terbawa mulut, tersalah anggap, malah mungkin juga terfitnah.

Kalau kita dah buat salah kat orang, mengaku jelah. Minta maaf & janji takkan buat lagi. 
Habis cerita. Insaf & bertaubat kepada ALLAH.  Sama ada orang tu nak maafkan atau tidak, terpulanglah pada dia. Yang penting bahagian kita dah lepas. 

Jangan sesekali keruhkan keadaan dengan ayat putar belit, spin cerita  nak lepaskan tengkuk sendiri. Sanggup reka cerita daripada mengaku salah. Malah sanggup burukkan orang tu, semata-mata nak nampakkan diri sendiri mulia.

Tak elok macam tu. 

Berkali-kali kita aniaya dia. Kali pertama waktu kita buat salah, kali kedua waktu kita tak mengaku bersalah. Kali ketiga waktu reka cerita untuk lepaskan diri. Kali keempat kalau sampai kita buat fitnah  buruk-burukkan dia. And the list goes on.

Jangan keruhkan keadaan. Mungkin orang lain tak tau cerita sebenar, tapi ingatlah malaikat kat bahu kita sentiasa mencatat setiap apa yang kita lakukan. Tak tertinggal satu pun. Malunya kat ALLAH.

Sama-sama kita baiki diri.

Monday, 2 November 2015

Wanita Solehah Ketua Bidadari Di Syurga


Pada saya, hadith ni indah sangat.

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Betapa mulianya wanita didalam islam.

Wanita solehah akan menjadi saham akhirat ibu bapa & suami.

Malah isteri solehah akan menjadi ketua bidadari untuk suaminya di syurga nanti. 

Apa yang dimaksudkan dengan wanita solehah?

Solehahnya wanita apabila taatnya pada Allah melebihi taatnya pada hamba Allah.

Solehahnya wanita apabila cintanya pada Allah melebihi kecintaanya pada dunia.

Solehahnya wanita apabila ibadahnya,tawadhuknya benar-benar hanya untuk Allah dan bekalan hari Akhirat.


Itulah wanita solehah di sisi Allah. 

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad) 

Daripada hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa wanita yang menjaga amal ibadah dan dekat dengan Tuhan yakni melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya, itulah wanita solehah. Wanita solehah dijanjikan syurga. Malah boleh memilih untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu sekalipun. Hebat janji Allah pada wanita yang taat pada Allah. 

Solehahnya wanita itu apabila wanita tersebut memenuhi 2 syarat ini, iaitu:
1. Taat kepada ALLAH & Rasul
2. Taat kepada suami.

Ketaatan pada Allah, itulah hakikat sebenar solehah. Ketaatan pada Pencipta. Bagaimana seorang wanita itu menjaga hatinya daripada sifat-sifat tercela. Ramai orang boleh menjadi hipokrit di hadapan manusia. Memakai jubah, memakai tudung labuh, sopan santun, lemah lembut, tapi dalam hati, hanya Allah yang boleh menilainya. Maka, sebenar-benar solehah itu adalah pada nilaian Allah. Menjaga hati daripada perkara-perkara mazmumah. Tidak ada sifat dengki. Penuh dengan kasih sayang dan sifat suka membantu. Di dalam hatinya tidak ada sifat benci pada manusia. Tidak ada sifat riya' dengan kebaikan yang dia ada. Itulah wanita yang benar solehah.

"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Tanpa keimanan kepada Allah, pasti sopan santun itu tidak bermakna dan tidak ada nilainya disisi Yang Mulia Pencipta. Ramai orang mampu untuk menjadi solehah, mendapat gelaran solehah di depan manusia, tapi sejauhmana solehahnya kita dihadapan Allah. Itulah sebenar-benar nilaian solehah. Bukan apa yang manusia lihat, tapi apa yang Allah nilai dan lihat. 

Best kan dapat jadi ketua bidadari kat syurga? Apa lagi. Jom upgrade diri supaya menjadi wanita solehah.

Sunday, 1 November 2015

Selagi Boleh Sabar, Bersabarlah!


Hidup bermasyarakat memang tak mudah.

Hari ni orang sakitkan hati kita.

Esok orang aibkan kita.

Nanti-nanti ada pula yang jaja keburukan kita.

Tak boleh nak elak. Melainkan kalau kita duduk dalam gua, tak bercampur dengan orang.

Apa pun yang berlaku, bersabarlah.

Orang sakitkan hati kita, sabar!

Orang singgung perasaan kita, sabar!

Bila orang aibkan kita, sabar!

Bila orang cerita keburukan kita, sabar!

Bisik pada hati.

Pujuk perasaan.

Rayu pada emosi.

Mampu ke tidak, tetap kena sabar.

Bersabarlah! ALLAH akan naikkan darjat kita jauh lebih tinggi daripada mereka.

Jom kita jadi wanita solehah yang hebat!

Kejar Dunia Jangan Sampai Tercicir Akhirat

\

Ramai yang terlupa bahawa hidup kat dunia ni sementara je. Tak lama pun.

Kejar dunia jangan sampai tercicir akhirat.

Semoga kita tak rugi kat sana nanti.

Wanita Bertudung Dengan Sanggul 'Bonggol Unta' Tidak Akan Mencium Bau Syurga



Wanita Bertudung Dengan Sanggul 'Bonggol Unta' Tidak Akan Mencium Bau Syurga.

Hadis Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud :
"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian." (Riwayat Muslim).

Tutup aurat dengan sempurna. Lelaki pasti hormat kita.

Sama-sama muhasabah diri.


Tutup Aurat Dengan Sempurna, Pasti Lelaki Akan Hormati Kita


Surah Al-Ahzab ayat 59 bercakap tentang hijab. 

Dan ayat ini juga menyentuh tentang menutup aurat dengan sempurna bagi wanita.

Bila memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna, ia akan menampakkan kehormatan kita sebagai wanita islam. Dan semestinya akan dapat mengelakkan gangguan seksual dari lelaki. 

Bayangkan anda seorang lelaki, bila nampak perempuan yang berpakaian sopan menutup aurat & bertudung menutup dada, nak mengorat pun rasa segan. Betul tak?

Apa dia aurat seorang wanita? 
Seluruh anggota badan kecuali muka & tapak tangan.

Apakah hijab yang betul menurut syariat?
Menutup semua rambut & leher. Labuh menutup dada. Tidak jarang. Tidak memakai sanggul tinggi hingga berbonggol seperti unta.

Jom baiki pakaian kita.

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...