Wednesday, 30 September 2015

Hati Yang Lara

"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman" -  Ali-Imran:139


Manusia tak lari dari dugaan hidup. Setiap orang ada ujian masing-masing.

Bila bersedih, saya suka asingkan diri.

Offline facebook, offline whatsapp. Putuskan hubungan dengan dunia luar.

Ambil masa untuk diri sendiri. Tenangkan fikiran.

Alhamdulillah, suami pun memahami. Sangat memahami.

Sesungguhnya ALLAH uji sebab DIA sayangkan saya.


Hanya dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang.

Tuesday, 29 September 2015

Orang Tak Suka Tak Apa, Kita Lawan Dengan DOA

Dunia ni memang pelik. Pelik lagi manusia yang menghuni di dalamnya.

Walau sebaik mana pun kita pasti ada yang tak suka.

Yang peliknya, kita tak usik pun hidup orang tu. Tapi dia boleh tak suka kita?

Its ok. ALLAH sedang menguji kita.

ALLAH nak tengok sejauh mana kehebatan kita untuk handle benda ni.

Bila tahu ada yang tak suka, kita lawan dengan doa. Minta supaya ALLAH kuatkan diri kita untuk melayan orang tu dengan baik. Dan minta supaya kita menjadi manusia yang disukai oleh orang lain.


Dah buat yang terbaik tapi masih ada yang tak suka? Abaikan mereka. Kita hidup di dunia ni sebab nak cari redha ALLAH. Bukannya nak puaskan hati manusia.

Ya....saya tahu. Cakap senanglah, nak buat bukannya mudah. Semua orang pun macam tu.Yang penting istiqamah. Kita buat perlahan-lahan. One step at a time. Lama-lama ok lah. Kita kan wanita hebat! ;)

Ramai Suami Tak Sedar Dah Jatuhkan Talak Ke Atas Isteri

Biasa tak dengar suami orang dalam nada bergurau keluarkan ayat "Aku bujang"?

Ada. Saya pernah jumpa ayat ni dalam whatsapp group suami. 

Pernah juga jumpa kat komen-komen di facebook.

Mungkin ayat ni ditulis dengan niat bergurau tapi ketahuilah bahawa apabila suami sebut ayat tu, secara automatik Talak Kias berlaku. Scary kan?

Ada 3 cara Talak Kias boleh berlaku iaitu:

1. Suami mengaku bujang.
2. Suami berkata "Saya lepaskan awak"
3. Suami suruh isteri balik ke rumah emak sendiri & tak mahu lihat mukanya lagi.


Ilmu baru? Jom share dengan suami masing-masing supaya tak berlaku dalam rumah tangga kita. Nauzubillahiminzalik. 

Kita Nampak Hebat Sebab ALLAH Tutup Aib Kita

 Kebelakangan ni terlalu banyak pujian yang saya dapat. 

Pujian yang boleh menyebabkan saya rasa diri saya hebat.

Tapi saya tahu, yang sebenarnya ALLAH sedang menguji saya.

Saya sentiasa sedar bahawa saya kelihatan hebat di mata manusia kerana ALLAH tutup semua aib saya. ALLAH perlihatkan yang baik-baik sahaja. Sedangkan siapa saya sebenarnya? Cuma saya & suami yang mengetahuinya.

Terima kasih ALLAH sebab menutup aib hambamu ini.

Sesungguhnya saya bukanlah sehebat yang disangka. Saya hanya manusia biasa.

Seorang isteri yang mencari redha suami.

Seorang ibu yang cuba memberikan yang terbaik untuk anak-anak.

Sama seperti wanita-wanita di luar sana. Saya hanya insan biasa.

5 Perkara Wajib Guna Duit Suami

Selama ni saya pun tak tahu pasal ni. 
Saya pasti kawan-kawan pun ramai yang tak tahu. 
Nak tahu apa dia 5 perkara tu?

1. Makan minum isteri.

2. Peralatan mandian.

3. Ubatan.

4. 2 persalinan pakaian baru setahun.

5. Rumah yang selesa dimana isteri tak perlu menutup aurat setiap masa.



Haaaaa... ramai yang baru tahu kan? Kalau dah tahu, apa lagi... bagitahu kepada suami. Sama-sama kita ingat-mengingatkan. Insya Allah bahagia hingga ke syurga. Aamiin.... :)

Buruk Sangka: Penyakit Hati Yang Sukar Untuk Dibuang

Buruk sangka adalah antara benda yang paling susah saya nak elakkan. 

Suami sampai lambat, saya dah mula fikir perkara buruk macam accident :(

Kawan unfriend, saya ingatkan dia tak suka saya. Padahal anak dia yang tekan button unfriend.

Orang tulis status kat facebook, rasa macam tuju kat saya.

Allah.... susahnya nak hilangkan penyakit buruk sangka ni.


Ini antara amalan yang boleh kita amalkan untuk bersihkan hati dari berburuk sangka:
1. Solat diawal waktu
2. Banyakkan berzikir
3. Amalkan doa ini:
Ya Allah, pekak telingaku dari mendengar fitnah dan umpatan;
Ya Allah, bisukan mulut dan lidah ku dari mengumpat, memfitnah dan berkata yang sia-sia;
Ya Allah butakan mataku dari melihat perkara yang lagha dan sia-sia.
Ya Allah, bersihkan hatiku dari buruk sangka dan sifat mazmumah!

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...