Sunday, 1 November 2015

Selagi Boleh Sabar, Bersabarlah!


Hidup bermasyarakat memang tak mudah.

Hari ni orang sakitkan hati kita.

Esok orang aibkan kita.

Nanti-nanti ada pula yang jaja keburukan kita.

Tak boleh nak elak. Melainkan kalau kita duduk dalam gua, tak bercampur dengan orang.

Apa pun yang berlaku, bersabarlah.

Orang sakitkan hati kita, sabar!

Orang singgung perasaan kita, sabar!

Bila orang aibkan kita, sabar!

Bila orang cerita keburukan kita, sabar!

Bisik pada hati.

Pujuk perasaan.

Rayu pada emosi.

Mampu ke tidak, tetap kena sabar.

Bersabarlah! ALLAH akan naikkan darjat kita jauh lebih tinggi daripada mereka.

Jom kita jadi wanita solehah yang hebat!

Kejar Dunia Jangan Sampai Tercicir Akhirat

\

Ramai yang terlupa bahawa hidup kat dunia ni sementara je. Tak lama pun.

Kejar dunia jangan sampai tercicir akhirat.

Semoga kita tak rugi kat sana nanti.

Wanita Bertudung Dengan Sanggul 'Bonggol Unta' Tidak Akan Mencium Bau Syurga



Wanita Bertudung Dengan Sanggul 'Bonggol Unta' Tidak Akan Mencium Bau Syurga.

Hadis Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud :
"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian." (Riwayat Muslim).

Tutup aurat dengan sempurna. Lelaki pasti hormat kita.

Sama-sama muhasabah diri.


Tutup Aurat Dengan Sempurna, Pasti Lelaki Akan Hormati Kita


Surah Al-Ahzab ayat 59 bercakap tentang hijab. 

Dan ayat ini juga menyentuh tentang menutup aurat dengan sempurna bagi wanita.

Bila memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna, ia akan menampakkan kehormatan kita sebagai wanita islam. Dan semestinya akan dapat mengelakkan gangguan seksual dari lelaki. 

Bayangkan anda seorang lelaki, bila nampak perempuan yang berpakaian sopan menutup aurat & bertudung menutup dada, nak mengorat pun rasa segan. Betul tak?

Apa dia aurat seorang wanita? 
Seluruh anggota badan kecuali muka & tapak tangan.

Apakah hijab yang betul menurut syariat?
Menutup semua rambut & leher. Labuh menutup dada. Tidak jarang. Tidak memakai sanggul tinggi hingga berbonggol seperti unta.

Jom baiki pakaian kita.

Sebuah Kisah Tentang Plastik Bocor


Hati-hati dengan plastik bocor.

Kamu berwudhuk dengan sempurna tapi membazir air. Plastik bocor.

Kamu solat, sedekah, baca Al-Quran, pergi ke Mekah untuk menunaikan haji & umrah berkali-kali tapi kamu fitnah orang lain. Plastik bocor.

Kamu banyak bersedekah kepada orang miskin tetapi kamu pergunakan & melukakan hati mereka. Plastik bocor.

Kamu bertahajud, puasa & taat kepada perintah ALLAH tapi kamu putuskan tali silaturrahim dengan ahli keluarga. Plastik bocor.

Kamu berpuasa dan bersabar dengan ujian lapar & dahaga. Tapi kamu menyumpah, mengganggu, mengacau dan tak boleh kawal kemarahan kamu. Plastik bocor.

Kamu pakai abaya & bertudung menutup dada tapi minyak wangi kamu berbau kuat. Plastik bocor.

Kamu muliakan tetamu & layan dengan baik tetapi sebaik sahaja tetamu pulang, kamu cakap belakang tentang semua kekurangan dia. Plastik bocor.

Kamu berkorban kesenangan untuk anak & suami tapi kamu merungut sepanjang masa hingga mereka rasa bersalah. Plastik bocor.

ALLAH bagi kamu sakit. Kamu merungut hingga orang sekeliling tertekan. Padahal sakit itu penghapus dosa. Plastik bocor.

Jangan kamu kumpul semua amalan baik dalam plastik bocor. Bersusah-payah mengumpulnya tapi habis jatuh tumpah ke tanah.

Peringatan untuk kita semua yang alpa.

Jangan Ambil Kesempatan Keatas Orang Yang Dalam Kesusahan


Biasa kita dengar kisah orang yang dalam kesusahan, bukannya dibantu tapi diambil kesempatan.

Sebagai contoh, baru-baru ni viral pasal mangsa kemalangan yang dicuri barangnya oleh makhluk ALLAH yang tak berhati perut. Dah ditimpa kemalangan, tengah sakit terbaring tu orang curi pulak beg duit, handphone dan sebagainya. Nak melawan pun tak larat. Kalau kita ada kat tempat orang tu, apa yang kita rasa?

Wahai manusia, ingatlah. Kita hidup kat dunia ni sekejap je. Tak lama mana pun. Sedar-sedar dah kena balut kain kafan. Kalau tak dapat membantu, jangan ditambah beban orang lain.

Barangsiapa meringankan beban orang yang dalam kesulitan, maka ALLAH akan ringankan bebannya di dunia & di akhirat. Hadith Riwayat Muslim.

Peringatan untuk diri saya yang lemah & banyak kekurangan.

ALLAH Tak Pandang Paras Rupa Kita


Hari ni ada seorang kenalan facebook mesej saya. Beliau seorang gadis pertengahan 30-an yang belum berumah tangga. Biasanya orang kita gelar "Anak Dara Tua".

Panjang lebar luahan hati beliau. Tentang perasaan cemburu kepada kawan-kawan yang dah berkeluarga. Cemuhan ahli keluarga & sanak-saudara. Paling menyakitkan bila dihina lelaki kerana rupa paras beliau yang gelap, rendah, dan agak gempal. Katanya dalam banyak dugaan yang dialami, hinaan ke atas paras rupa & fizikal beliau adalah yang paling menyakitkan.

Saya pun terkelu, tak tahu apa jawapan yang sesuai untuk menghiburkan hati beliau.

Orangnya baik sangat. Sepanjang saya kenali beliau, wall facebook sentiasa dipenuhi dengan perkara positif & perkongsian ilmu agama. Mungkin beliau kurang dari segi kecantikan fizikal. Tapi hati & akhlak beliau sangat cantik.

Kepada beliau, jom hayati kisah Siti Hajar. Seorang hamba sahaya yang tak punya kecantikan fizikal, tapi dipandang mulia di sisi ALLAH.

Siti Hajar asalnya cuma seorang hamba sahaya. Sudahlah hina, hitam pulak tu. Senang kata tak cantik mana pun. Tetapi dia cerdas, berakhlak mulia, dan wanita yang kuat dari segi mental. Dia dinikahi oleh Nabi Ibrahim A.S & melahirkan seorang nabi mulia bernama Nabi Ismail. Mulianya Siti Hajar di sisi ALLAH.

Percayalah! ALLAH tak pandang pun rupa paras kita. Tak guna pun kalau rupa kita cantik tapi hidup jauh tersasar dari landasan islam. Biarlah kita tak cantik di dunia, yang penting dapat jadi bidadari syurga. Hidup yang kekal abadi.

Semoga dapat mengubat hati beliau yang sedang lara.

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...