Wednesday, 4 November 2015

Keikhlasan Kunci Keberkatan Hidup


Pernah tak dengar orang kata: " Kalau tak ikhlas baik tak payah buat"

Biasa kan? Itu menunjukkan betapa pentingnya keikhlasan dalam setiap perkara yang kita lakukan. 

Bila kita ikhlas, secara automatik kita akan buat dengan bersungguh-sungguh.

Hasilnya? Pastilah yang terbaik.

Kalau kita buat satu benda dalam keadaan terpaksa, tak suka, pasti hasilnya nanti cincai & tak memuaskan.

Lebih-lebih lagi kalau melibatkan pekerjaan & kareer kita. Kalau kita ikhlas, pastinya rezeki yang kita peroleh akan menjadi berkat. Kalau kita buat kerja tak ikhlas & tak bersungguh-sungguh, dari mana nak datang keberkatan dalam rezeki kita?

Oleh itu, pastikan kita ikhlas dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Semoga hidup kita diberkati di dunia & akhirat.


Kemaafan Kunci Ketenangan jiwa


Nak maafkan orang bukannya mudah. 

Lebih-lebih lagi kalau hati kita masih terluka, rasa macam berkecai terhempas ke batu. 

Atau pun hati kita masih sakit, rasa dikhianati. Rasa marah sangat-sangat.

Atau  rasa teraniaya oleh insan yang zalim.

Kemaafaan sememangnya mudah untuk disebut, tapi dalam hati takde siapa yang tahu. Bak kata orang, luka mungkin sembuh tapi parut akan sentiasa ada.

Malah mungkin kita boleh memafkan tapi tak mungkin dapat melupakan.

Itu normal. Tapi terfikir tak?

Kalau kita memaafkan orang, yang sebenarnya kita membantu diri sendiri untuk mendapat ketenangan & kebahagiaan.

Selagi kita tak maafkan seseorang, selagi tu kita akan sentiasa teringat apa yang dia pernah buat kat kita. Tiap kali teringat akan datang pelbagai perasaan. Marah, geram, sedih, sakit hati, kecewa, benci. Malah mungkin juga dendam?

Apabila kita memilih untuk memafkan, bermakna kita memilih untuk tenang & berasa bahagia. Kita dah taknak ingat apa benda yang dia pernah buat kat kita. Past is past.

Percayalah, kemaafan adalah kunci kepada ketenangan jiwa. Maafkan mereka yang pernah buat salah dengan kita. Doakan yang baik-baik untuk mereka. Pasti kita akan peroleh ketenangan.

Senyum! Tak Mau Muka Ketat Macam Tu


Macam mana hari ni? Ok ke?

Ketat je muka. Senyumlah sikit :)

Hari yang tak berapa best? Its ok.

Its just a bad day. Not a bad life.

Insya ALLAH esok akan jadi hari yang indah & penuh dengan senyuman.

Tak percaya? Percayalah.

ALLAH kan sentiasa ada dengan kita.

Hidup Ni Tak Lama. Sedar-sedar Dah Berbalut Kain Kafan


Kita hidup kat dunia ni tak lama. Sekejap je. Sedar-sedar dah berbalut kain kafan.

Jangan bazirkan hidup kita dengan benda yang sia-sia. 

Jangan jadikan dunia tempat mengumpul dosa, sebaliknya jadikan dunia ladang pahala. Untuk dituai kat akhirat nanti.

Hidup jangan mendongak langit, mendabik dada. Biasakanlah diri untuk tunduk pandang ke bawah.

Pesanan untuk diri sendiri yang lemah.

Tuesday, 3 November 2015

Orang Tak Suka? Ramai Lagi Yang Sayang


Adat dunia, ada je yang tak suka kita.


Dan usah pedulikan mereka. Anggap mereka tak wujud. Apa pun mereka kata, buat tak tau je. Lama-lama penatlah tu. 

Buat apalah nak habiskan masa fikirkan pasal mereka yang tak penting pun dalam hidup kita? Betul-betul buang masa.

Buat apalah nak bersedih & down sebab mereka? Lebih baik kita buat benda lain yang best & menggembirakan hati.

Satu orang tak suka kita, ada beribu-ribu lagi yang sayang. Tak luak pun.

Fokus kepada mereka yang sayangkan kita. Lagi berbaloi. Kita pun akan rasa bahagia.

I choose to be HAPPY!

Kalau Buat Salah, Mengaku & Minta Maaf


Hari ni saya nak berceloteh tentang benda yang simple, tapi tak semua orang mampu buat.

Tak kira tua atau muda, sama je. 

Kita sebagai manusia memang tak lari dari melakukan kesilapan. Sesekali, pasti akan buat salah kat orang lain. Terumpat, terbawa mulut, tersalah anggap, malah mungkin juga terfitnah.

Kalau kita dah buat salah kat orang, mengaku jelah. Minta maaf & janji takkan buat lagi. 
Habis cerita. Insaf & bertaubat kepada ALLAH.  Sama ada orang tu nak maafkan atau tidak, terpulanglah pada dia. Yang penting bahagian kita dah lepas. 

Jangan sesekali keruhkan keadaan dengan ayat putar belit, spin cerita  nak lepaskan tengkuk sendiri. Sanggup reka cerita daripada mengaku salah. Malah sanggup burukkan orang tu, semata-mata nak nampakkan diri sendiri mulia.

Tak elok macam tu. 

Berkali-kali kita aniaya dia. Kali pertama waktu kita buat salah, kali kedua waktu kita tak mengaku bersalah. Kali ketiga waktu reka cerita untuk lepaskan diri. Kali keempat kalau sampai kita buat fitnah  buruk-burukkan dia. And the list goes on.

Jangan keruhkan keadaan. Mungkin orang lain tak tau cerita sebenar, tapi ingatlah malaikat kat bahu kita sentiasa mencatat setiap apa yang kita lakukan. Tak tertinggal satu pun. Malunya kat ALLAH.

Sama-sama kita baiki diri.

Monday, 2 November 2015

Wanita Solehah Ketua Bidadari Di Syurga


Pada saya, hadith ni indah sangat.

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Betapa mulianya wanita didalam islam.

Wanita solehah akan menjadi saham akhirat ibu bapa & suami.

Malah isteri solehah akan menjadi ketua bidadari untuk suaminya di syurga nanti. 

Apa yang dimaksudkan dengan wanita solehah?

Solehahnya wanita apabila taatnya pada Allah melebihi taatnya pada hamba Allah.

Solehahnya wanita apabila cintanya pada Allah melebihi kecintaanya pada dunia.

Solehahnya wanita apabila ibadahnya,tawadhuknya benar-benar hanya untuk Allah dan bekalan hari Akhirat.


Itulah wanita solehah di sisi Allah. 

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad) 

Daripada hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa wanita yang menjaga amal ibadah dan dekat dengan Tuhan yakni melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya, itulah wanita solehah. Wanita solehah dijanjikan syurga. Malah boleh memilih untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu sekalipun. Hebat janji Allah pada wanita yang taat pada Allah. 

Solehahnya wanita itu apabila wanita tersebut memenuhi 2 syarat ini, iaitu:
1. Taat kepada ALLAH & Rasul
2. Taat kepada suami.

Ketaatan pada Allah, itulah hakikat sebenar solehah. Ketaatan pada Pencipta. Bagaimana seorang wanita itu menjaga hatinya daripada sifat-sifat tercela. Ramai orang boleh menjadi hipokrit di hadapan manusia. Memakai jubah, memakai tudung labuh, sopan santun, lemah lembut, tapi dalam hati, hanya Allah yang boleh menilainya. Maka, sebenar-benar solehah itu adalah pada nilaian Allah. Menjaga hati daripada perkara-perkara mazmumah. Tidak ada sifat dengki. Penuh dengan kasih sayang dan sifat suka membantu. Di dalam hatinya tidak ada sifat benci pada manusia. Tidak ada sifat riya' dengan kebaikan yang dia ada. Itulah wanita yang benar solehah.

"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Tanpa keimanan kepada Allah, pasti sopan santun itu tidak bermakna dan tidak ada nilainya disisi Yang Mulia Pencipta. Ramai orang mampu untuk menjadi solehah, mendapat gelaran solehah di depan manusia, tapi sejauhmana solehahnya kita dihadapan Allah. Itulah sebenar-benar nilaian solehah. Bukan apa yang manusia lihat, tapi apa yang Allah nilai dan lihat. 

Best kan dapat jadi ketua bidadari kat syurga? Apa lagi. Jom upgrade diri supaya menjadi wanita solehah.

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...